Volvo Trucks Malaysia lantik Pengarah Urusan baharu

oleh Mohamad Hanif|
Dengan tujuan memperkasakan kedudukan sebagai peneraju kenderaan komersil tempatan, Volvo Trucks kini mengorak langkah seterusnya dengan melantik Mitch Peden sebagai Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mitch akan mengambil alih tugas daripada Mats Nilsson yang telah berkhidmat selama lima tahun bagi Volvo Trucks sebelum ditempatkan di Renault Organisation di Perancis menerusi Volvo Group. 

Beliau kini bertanggungjawab menguruskan pasaran trak komersil serta urusan selepas jualan Volvo Trucks di Malaysia dan juga Brunei. 

 

Mendapat pendidikan secara rasmi di University of Western Australia sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat master pengurusan perniagaan di Bond University, Mitch memulakan kerjaya di Commonwealth Bank of Australia sebelum melangkah masuk ke dalam industri automotif pada tahun 1994 menerusi syarikat General Motors.

Beliau pernah terlibat di dalam operasi beberapa buah syarikat automotif sebelum menyertai pasukan Volvo Trucks pada tahun 2005. 

Menurut Mitch, beliau amat berterima kasih kepada Mats di atas jasa meletakkan Volvo Trucks Malaysia pada kedudukan yang terkini.

"Dengan sokongan kuat daripada pasukan Volvo Trucks, saya yakin pasukan ini akan terus memberikan mutu khidmat yang terbaik kepada para pelanggan kami," tambah beliau. 

 


Careta ingin mengucapkan selamat bertugas kepada Pengarah Urusan baharu Volvo Trucks Malaysia. 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dua unit terawal itu telah diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. Pengenalan…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Volvo FL Electric membawakan motor elektrik tunggal berkuasa 241 hp (180 kW…
Berita Global
Aplikasi yang direka khusus untuk trak elektrik tersebut dikatakan mampu menyalurkan informasi yang…