Volvo Trucks Malaysia lancar perkhidmatan Volvo Connect

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Trucks baru-baru ini melancarkan secara rasmi perkhidmatan Volvo Connect bersempena dengan Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Portal digital ini menyatukan segala perkhidmatan dan informasi penting dengan menggunakan antara muka yang intuitif, dan bakal memanfaatkan pemilik trak dan syarikat pengangkutan.
 

Volvo Connect


Menurut Sabu Isaac Champannil, Naib Presiden bahagian Aftermarket Volvo Trucks Malaysia berkata, "Rekaan dan fungsi Volvo Connect bukan sahaja untuk memenuhi fungsi pengurusan armada dan perancangan penyelenggaraan, akan tetapi untuk menyokong penuh lebih banyak aspek di dalam operasi perniagaan seperti fungsi pentadbiran dan pematuhan undang-undang.

Volvo Connect akan merangkumkan perkhidmatan pengurusan armada Dynafleet sedia ada, selain fungsi lain seperti pemantauan prestasi dan kelakuan pemandu, sejarah servis pembaikan, dan juga peringatan servis berkala yang berikutnya.

Dari semasa ke semasa, Volvo Trucks akan mengembangkan lagi perkhidmatan bagi menambahbaik serta mengoptimasikan beberapa aspek perniagaan pelanggan yang berbeza.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon di dalam…
Berita Domestik
Peningkatan itu dibantu oleh permintaan terpendam berikutan tempoh pasca pandemik, dimana prestasi…