Volvo Trucks lancarkan perkhidmatan lori swapandu untuk tujuan perlombongan

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel berkenaan lori swapandu daripada Volvo Trucks yang berkebolehan untuk mengangkut kayu balak tanpa bantuan daripada seorang pemandu pada jarak dekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, konsep tersebut menjadi realiti apabila Volvo Trucks melaksanakan projek tersebut sebagai penyelesaian kepada pengangkutan komersil bagi kawasan perlombongan. 

Tidak seperti Volvo Vera, lori swapandu masih lagi mengekalkan kabin lori tradisional yang membolehkan pemandu mengambil alih tugas mengendali muatan bagi tujuan keselamatan. 
 


Dengan cara ini, ia lebih memudahkan dan dalam masa yang sama, pemandu boleh menumpukan perhatian kepada kerja yang lebih penting di samping mampu meningkatkan kadar produktiviti di kawasan tersebut.

Ujian fasa awal ini menyaksikan Volvo bakal menggunakan khidmat enam buah trak swapandu FH16 sebagai sebuah syarikat pembekal pengangkutan dan syarikat perlombongan hanya perlu membayar servis pengangkutan per tan yang dibuat. 
 


Ini, menurut Volvo adalah lebih mudah terutama kepada syarikat kecil yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menjalankan perniagaan mereka. 

Cuma sedikit merungsingkan apabila ia diperluaskan pada masa hadapan, jawatan sebagai pemandu lori mahir ternyata akan pupus sedikit demi sedikit apabila sistem ini terbukti mampu meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat tanpa bantuan manusia. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dua unit terawal itu telah diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. Pengenalan…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Volvo FL Electric membawakan motor elektrik tunggal berkuasa 241 hp (180 kW…
Berita Global
Aplikasi yang direka khusus untuk trak elektrik tersebut dikatakan mampu menyalurkan informasi yang…