Volvo Trucks lancar FM Low Entry elektrik, 443 hp, mampu gerak sejauh 200 km

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Trucks mengumumkan ketibaan model trak tugas berat baharu yang dikhususkan untuk kegunaan dalam bandar, iaitu FM Low Entry.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo FM Low Entry ini merupakan model trak pertama Volvo yang dibangun dengan sistem pacuan elektrik, dan tidak ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman.

Menurut Volvo, trak FM Low Entry ini boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis keperluan, termasuklah pengurusan sisa buangan, pengedaran barangan dan pembinaan di mana terdapat lima konfigurasi gandar iaitu 4x2, 6x2, 6x4, 8x2 dan 8x4.
 

FM


Trak FM Low Entry ini mempunyai ruang kabin yang luas dan ergonomik,  serta konfigurasi tempat duduk penumpang yang mampu mengurangkan kesan titik buta.

Posisi pemanduan yang rendah juga menawarkan tahap penglihatan yang lebih jelas buat pemandu, dibantu dengan Camera Monitor System termaju Volvo untuk memantau keadaan persekitaran sewaktu bergerak.
 

FM


Tidak menghairankan apabila kelebihan ini melayakkan FM Low Entry mendapat pengiktirafan lima bintang dalam piawaian Direct Vision pengangkutan berat yang beroperasi di London.

Untuk menggerakkan trak dengan berat kasar antara 19-32 tan, Volvo FM Low Entry ini didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 443 hp yang dipadankan dengan empat unit bateri, di mana kapasiti keseluruhan mencecah 360 kWh.
 

FM


Bergantung kepada spesifikasi dan konfigurasi kenderaan, FM Low Entry ini mampu bergerak sejauh 200 km untuk sekali cas penuh, selain menyokong pengecasan AC 43 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 250 kW.

Untuk permulaan, FM Low Entry akan dijual di pasaran Eropah, Turki dan Korea Selatan pada suku pertama (Q1 2024), di mana produksi hanya akan bermula pada suku kedua tahun 2024 (Q2 2024).