Volvo tambah penawaran enjin yang lebih berkuasa pada model S90, V90 dan XC90

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran British bakal menerima varian enjin terbaharu bagi model siri tertinggi Volvo, iaitu S90, V90 dan XC90 yang bakal menggunakan lencana T5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin T5 ini menggunakan asas daripada enjin 2.0 liter sama yang digunakan pada varian T8 Twin-Engine Hybrid, namun tiada sebarang bantuan elektrik mahupun sistem hibrid diberikan seperti varian T8.

 


Ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 250 kuasa kuda dan daya kilas setinggi 350 Nm, memberikan daya pecutan 0-100 km/j sepantas 6.8 saat untuk model S90 sedan, 7 saat tepat untuk model V90 dan 7.9 saat untuk SUV XC90.

 


Menurut Jon Wakefield, pengarah urusan Volvo UK, enjin petrol T5 ini merupakan tambahan yang tepat pada masanya kepada penawaran S90, V90 dan XC90 selain memberikan lebih pilihan kepada para pembeli berpotensi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…