Volvo siar video acah ruang kabin EX90

oleh Mohamad Hanif|
Volvo menyiarkan sebuah video acah yang memaparkan rekaan ruang kabin SUV elektrik Volvo EX90 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Volvo, mereka mengambil pendekatan dengan mengabaikan definisi kemewahan yang terdahulu, (seperti contoh penggunaan kulit haiwan) dan menzahirkan asas rekaan Scandinavia yang masih berunsur kemewahan, namun dengan penggunaan bahan yang lebih lestari.

Dalam video terbaharu itu, sebahagian daripada panel papan pemuka telah diperlihatkan selain daripada rekaan tempat duduk baharu yang menggunakan bahan upholsteri yang berbeza.
 

EX90


Selain daripada kandungan plastik kitar semula yang paling tinggi dalam mana-mana kereta Volvo (50 kg), Volvo EX90 juga menampilkan bahan-bahan yang lestari seperti Nordico, bulu Nativa, poliamida yang dijana semula pada bahagian karpet, serta trim kayu yang diiktiraf oleh Forest Stewardship Council (FSC).

Volvo menyifatkan ruang kabin EX90 sebagai salah satu ruang dalaman yang paling elegan di dalam pasaran dengan tujuh pilihan warna yang berbeza, serta pelbagai kombinasi bahan yang boleh dipilih sendiri oleh pengguna untuk mencipta ruang (rooms) tersendiri.

SUV paling selamat Volvo EX90 akan dilancarkan secara rasmi pada 9 November ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penjenamaan semula ini adalah penting bagi memudahkan pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu…
Berita Global
Menurut laporan daripada Teknikens Värld, unit prototaip sedan pra-produksi itu baharu sahaja…
Berita Global
Model terbaharu itu telah diumumkan pada penghujung tahun lepas, dan kini kita sudah boleh melihat…