Volvo S90 T6 R-Design - antara realiti dan fantasi

oleh SALINA JALIL|
Thor - itulah ungkapan penulis apabila melihat Volvo S90 T6 R-Design untuk kali pertama! Thor telah berjaya diadaptasikan dari Marvel kepada sebuah kereta - sado, berotot dan terserlah kejantanannya, 'manly' bak kata bahasa Inggeris. Dan Volvo S90 T6 ini sememangnya Thor dari aspek luaran, dalaman dan prestasi. Penulis telah menaiki dan memandu beberapa buah Volvo sebelum ini tetapi tidak pernah terasa sehebat ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pemanduan ke Port Dickson telah dipilih kerana laluan lebuhraya tersebut tidak begitu banyak kenderaan dan berbukit serta mempunyai laluan jalanraya yang beralun seperti menaiki bot yang dilambung ombak!  Mod pemanduan yang dipilih adalah 'dynamic', iaitu mod agresif yang pantas berinteraksi antara pemandu dan kereta.  Percaya atau tidak, tetapi sebuah Volvo yang besau gedapak (kata orang Melaka) boleh mencilok-cilok bagaikan sebuah kereta M**i yang terpantas di Malaysia tanpa sebarang masalah dan boleh mencapai kelajuan dari 90km sejam ke 150km sejam dalam masa 2 saat, amat mengagumkan dan mendebarkan.

 

volvo 1

 

Bila dibelek risalah, sememangnya tidak penulis percaya bahawa ia cuma 1969cc.  Adakah ku bermimpi?  Manakah mungkin abang sado S90 T6 ini cuma mempunyai enjin berkapasiti 2.0 liter sedangkan dia telah membuktikan kepantasan pemanduan bagaikan sebuah jet di jalanraya? Rahsianya adalah turbocharger dan superchanger di bahagian enjinnya! Tiada ayat yang boleh menggambarkan bagaimana keenakan turbocharge dan supercharger ini berfungsi, cuma boleh dirasai semasa pemanduan sahaja.  Digandingkan pula dengan transmisi 8 gear automatik (automatic transmission geartronic), dengan kuasa 320hp (maksimum) dan tork 400 @ 220 - 5400, pecutan 5.9 dari 0 - 100km/h dan penggunaan bahan api 7.5 per liter/100km, sememangnya indah sekali pemanduan kali ini.

 

volvo 2

 

Kalau dahulu kita disajikan dengan bentuk-bentuk Volvo yang berkotak ala-ala kereta kebal tetapi kebelakangan ini jentera dari negara Sweden ini telah bertukar wajah ke arah sporti dan urban mengikut peredaran masa dan gaya kehidupan. Dilengkapi pula dengan pelbagai 'mainan' yang boleh diubah mengikut mood pemandu dan/atau penumpang. Saat ingin menghidupkan enjin amat canggih, dengan knob yang perlu dipulas sahaja samada menghidupkan atau mematikan enjin sahaja sudah terasa "this car is from the future"!

 

volvo 3

 

Dan segala gerak aksi pemanduan dipantau oleh jentera ini, sekiranya tersasar dari lorong pemanduan anda akan terasa sedikit gegaran pada roda dan secara automatik anda akan lebih fokus kepada lorong pemanduan anda.  Begitu juga sekiranya terdapat kenderaan lain yang terlalu rapat dengan anda, sensor akan memaklumkan bahawa ada objek disebelah anda, sekiranya di kanan, paparan di skrin permukaan akan menunjukkan halangan anda.  Dua perkara yang membuatkan penulis paling teruja adalah paparan ilusi di cermin hadapan bahagian pemandu, cuma pemandu sahaja yang akan nampak berapa odometer pemanduan anda tanpa perlu lihat pada panel permukaan dan kamera sekeliling kenderaan anda, almaklum Encik Thor ni panjang dan besar, masalah sedikit di kawasan parkir tetapi dengan kamera di setiap bahagian kereta, anda boleh lihat sendiri tanpa perlu keluar dari kenderaan anda untuk memastikan anda parkir di dalam kawasan atau nombor kenderaan anda akan difemeskan di dalam Facebook "You Park and Drive Like ******".

 

 

 

Salah satu pengalaman pemanduan bersama S90 T6 ini adalah incident di mana penulis berada di kawasan turun bukit dengan kelajuan 120km/hr tetiba jalanraya tersebut mempunyai bonggolan/hump yang tidak begitu kelihatan, seolah-olah terbentuk disebabkan faktor tanah, Encik Thor ni 'terbang' sedikit dari permukaan jalan, dan penulis terjerut di kerusi kerana tali pinggang kelendar untuk S90 T6 ini berfungsi secara automatik apabila kendaraan ini kehilangan traction control, baguih sungguh jadi tidaklah pemandu terbang keluar dari kereta sekiranya kemalangan!

 

volvo 4

 

Ringkasan spesifikasi Volvo S90 T6 R-Design adalah seperti berikut:-

  • 2.0-liter turbocharged and supercharged dengan enjin empat silinder
  • 320 hp pada 5,700rpm
  • 400 Nm dari 2,200rpm sehingga 5,400 rpm
  • Transmisi 8-kelajuan
  • Pacuan All Wheel Drive
  • Infoteinment 9 inci touchscreen 
  • 10 speaker bersama sistem audio 330W 
  • USB, AUX, Bluetooth dan iPod 
  • Volvo City Safety
  • Automatic Emergency Braking (AEB)
  • Pilot Assist
  • Collision Mitigation
  • Run-Off Road Protection
  • Cross Traffic Alert
  • Hill Start Assist
  • Kamera Undur
  • Blind Spot Information System (BLIS)
  • Lane Keeping Aid (LKA)
  • Rear Collision Warning
  • ABS, EBD, ESC
  • 6 beg udara
  • ISOFIX dan banyak lagi

 

Kabin dalaman (interior)

Di sinilah volvo S90 ini amat cemerlang. Kabin dalaman yang indah, selesa dan mudah dikendalikan.
Volvo sering mendapat pujian tentang keselesaan tempat duduk, ia adalah salah satu territory (tawanan) Volvo di mana syarikat itu banyak melabur untuk ruang ini dan S90 T6 R-Design ini tidak terkecuali. Tempat duduk dari kulit ini dapat memberikan keselesaan yang hebat dan menjadikan pengalaman memandu sangat santai.

 

volvo 6

 

Dari segi ruang kabin dalaman (interior), corong penghawa dingin S90 T6 ini dipasang pada dua bahagian, dia bingkai pintu dan di tengah-tengah center consule (pusat konsol), dengan ruang dalaman yang luas, sememangnya ini tindakan yang bijak memandangkan negara kita sememangnya panas hangat terbakar!  Ruang kaki juga luas, sekiranya anda mempunyai ketinggian 6 kaki, tiada masalah untuk duduk dengan selesa dan merasai keenakan jentera dari Sweden ini.  Untuk memberi sedikit keseksian pada model ini, ia didatangkan dengan sunroof walaupun tidak begitu sesuai untuk iklim negara kita, tetapi bayangkan sekiranya anda berada di pantai dan ingin merasai angin sepoi-sepoi bahasa, anda cuma perlu duduk di dalam kereta serba mewah ini dan buka sunroof tetapi awas sekiranya banyak burung gagak, jangan dibuka sunroof tersebut kerana anda mungkin akan dihadiahkan taik burung!  

 

 

Ruang boot yang besar dan lebar bersaiz 500 liter.  Kiranya boleh memuatkan boss penulis beserta Abang Garang tanpa masalah. Walaubagaimana pun ia sedikit kecil jika dibandingkan dengan saingan di kelas yang sama seperti Jaguar XF atau Audi A6 dan BMW 5 siri.   

 

volvo 7

 

Sememangnya Volvo terkenal dengan ciri-ciri keselamatan dan S90 T6 R-Design ini tidak mengecewakan!  Ia mempunyai pelbagai ciri keselamatan di sekeliling jentera ini.

 

Apa yang kurang menarik tentang Thor ini ada dua perkara, 

1.  Port USB yang cuma ada satu dan amat sensitif di mana USB penulis direjek dan tidak dapat mendengar lagu-lagu Alleycats yang telah dimuatnaik di USB tersebut.  Mungkin sebab USB tersebut adalah koleksi percuma semasa menghadiri acara syarikat kereta yang lain!

2.  Harga sebuah jentera Sweden ini adalah RM458,888 tanpa insuran.  Nampaknya penulis perlu menuntut ilmu dari Boy Iman untuk memiliki Thor ini!

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…