Volvo S60 tidak lagi dijual di UK

oleh Mohamad Hanif|
Masa depan sedan mewah Volvo S60 yang menjadi pencabar kepada BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class nampaknya sudah tidak menentu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, dalam satu laporan terbaharu daripada Autocar, Volvo dikatakan telah menghentikan penjualan model sedan tersebut di pasaran UK.

Menurut statistik, angka jualan Volvo S60 (termasuk model V60) menurun kepada 16,797 unit, atau jatuh sebanyak 51 peratus untuk tahun ini berbanding tahun 2021.
 

V60


Menariknya, Volvo mengumumkan penjualan model wagon V60 akan diteruskan, melihatkan kepada sambutan hangat yang diterima oleh segmen wagon di pasaran Eropah.

Wakil jurucakap Volvo berkata, "tiada keputusan muktamad dibuat untuk perancangan model masa depan. Kami akan berterusan menilai kesemua portfolio produk kami, dan sebagai sebahagian daripada proses ini, kami akan mengalih keluar jualan S60 buah sementara waktu di UK.

Menurut Autocar, langkah tersebut dibuat untuk memfokuskan proses naiktaraf fasiliti South Carolina bagi menyokong produksi kereta-kereta elektrik, di mana salah satu daripada EV yang bakal dipasang merupakan model EX90 yang akan dilancarkan pada tahun depan.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari sudut luaran, Ghost Black Badge ini dilayangkan dengan warna Lyrical Copper, diserikan dengan…
Model Terbaharu
Syarikat Jerman itu berusaha menggabungkan ciri-ciri kemewahan dan keselesaan tradisional nama…
Pelancaran
Dengan teknologi canggih, Assurance ComfortTred dikatakan mampu menawarkan pengalaman pemanduan…