Volvo S60 T8 R-Design kini 'lahir' di Shah Alam - RM295,888 OTR

oleh Mohamad Hanif|
Volvo S60 T8 R-Design telah pun dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober tahun lalu, dibawa masuk dalam bentuk unit import sepenuhnya (CBU) membawakan tanda harga yang sangat menarik untuk sebuah sedan yang sporty ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagaimana yang dijanjikan untuk tahun ini, Volvo Malaysia memperkenalkan secara rasmi model pemasangan tempatan (CKD) Shah Alam bagi sedan sporti Volvo S60 T8 R-Design menerusi pelancaran dalam talian yang dibuat menerusi laman Facebook Volvo Malaysia.

Dari segi spesifikasi, ia masih membawakan nadi T8 Twin Engine AWD yang terdiri daripada enjin 2.0 liter berkuasa turbo dan pengecas lampau menghasilkan 320 hp dan 400 Nm, serta motor elektrik yang menyumbang kepada kuasa keseluruhan 407 hp dan 640 Nm!

 


Ia sekaligus menjadikan sedan S60 T8 ini mampu memecut sepantas 4.4 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan maksimum 250 km/j dan bacaan penggunaan bahan api serendah 2.0 liter untuk setiap 100 km.

Tidak ketinggalan, pek bateri lithium-ion berkapasiti 11.6 kWh yang membenarkan jarak operasi sifar emisi sehingga 49 km.

Manakala proses pengecasan pula boleh dilakukan dalam masa tiga jam untuk mencapai kapasiti penuh menerusi pengecas 3.7 kW dengan sambungan Type 2.

 


Volvo S60 dibangunkan atas pelantar Scalable Product Architecture (SPA) milik Volvo di mana perlindungan kepada penumpang dan ciri keselamatan antara yang terbaik di dunia.

Seperti contoh, ciri City Safety dengan teknologi brek automatik memberikan pemandu keyakinan untuk mengelak sebarang kemungkinan pelanggaran, dibantu dengan sistem pengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.

Ciri Pilot Assist juga menyokong aspek pemanduan, mengawal kelajuan, serta membrek sehingga kelajuan 130 km/j, ditambah pula dengan ciri seperti Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation dan juga amaran lintasan trafik belakang.

 


Di bahagian dalaman, ruang kabin Volvo S60 didatangkan dengan tempat duduk berkontur balutan kulit Charcoal Fine Nappa/Open Grid Textile, dan terdapat kemasan berjahit pada papan pemuka.

Sistem infotainmen Volvo S60 ini disokong dengan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, manakala bunyi pula disalurkan kepada pengguna menerusi sistem bunyi premium Harman Kardon.

Terdapat lima warna menarik ditawarkan kepada pengguna termasuklah Fusion Red Metallic, Crystal White Pearl, Pebble Grey Metallic, Onyx Black Metallic dan Birch Light Metallic.

 


Harga jualan bagi sedan S60 T8 R-Design AWD CKD ini bermula dari RM295,888.

Untuk ulasan pandu uji anda boleh tonton video pandu uji Volvo S60 T8 R-Design CBU pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…