Volvo S60 dengan kit badan ERST Jepun - jahat sangat ni bohhh!!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu perkara yang membuatkan penulis rasa cemburu dengan Jepun adalah keterdapatan barisan penala yang khusus untuk sesebuah jenama kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak memfokuskan kepada kereta nasional (Jepun) semata-mata, malah mereka juga pakar dalam menala kereta import dan Continental. 

Salah satu contoh yang kami bawakan kali ini adalah ERST dari Jepun, atau nama penuhnya Evolve Rieger Style Tuning
 


ERST merupakan salah sebuah syarikat penala yang mahir dalam modifikasi model-model Volvo yang terkini, dan salah satu penawaran baharu mereka adalah pakej menyeluruh untuk Volvo S60 yang mampu menjahatkan lagi rupa sedan Volvo tersebut. 

Pakej tersebut terdiri daripada lip spoiler hadapan, empat set rim bersaiz 18-21 inci untuk dipadankan, tiga set ekzos, set brek dengan angkup enam omboh di hadapan dan empat omboh di belakang, serta naik taraf kepada rotor brek yang lebih besar. 
 


Selain daripada itu, pihak ERST juga turut menawarkan kit suspensi jenis comfort lowering spring yang bukan sahaja merendahkan kereta, malah menawarkan pemanduan yang selesa serta mengurangkan kadar olengan ketika mengambil selekoh. 

Tidak cukup dengan itu, bagi mereka yang mahu memantapkan casis boleh mendapatkan komponen body reinforcement yang merangkumi bar strut hadapan dan juga panel mid lower chassis. 

Akhir sekali, emblem serta pelekat yang boleh ditampal bagi memberikan bukti bahawa sedan S60 anda sememangnya sudah pun dilengkapi dengan barangan ERST. 
 


Senarai harga barangan yang ditawarkan boleh dirujuk menerusi laman web ERST Jepun