Volvo pula mahu hasilkan bateri bersama Northvolt dari Sweden

oleh HEZERI SAMSURI|
Walaupun Volvo dimiliki oleh Geely Holding, pengurusan syarikat dan operasinya masih dilakukan oleh warga Sweden dan kali ini, jenama itu mahu menghasilkan baterinya sendiri dengan syarikat Northvolt, juga dari Sweden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo bercadang untuk membuka sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Sweden pada tahun hadapan dan kemudian akan membuka sebuah kilang giga di Eropah dalam tahun 2026, dengan kapasiti pengeluaran sehingga 50 gigawatt hours (GWh) setahun.

Menurut Håkan Samuelsson, ketua eksekutif Volvo yang berasal dari Sweden, usaha sama ini akan membantu Volvo untuk menguatkan lagi perkembangan R&D mereka sendiri.

Kilang giga itu akan menggunakan tenaga bersih dan dijangka mempunyai 3,000 orang pekerja. Northvolt telah berjaya meraih ekuiti sebanyak US$2.75 bilion bulan ini untuk mengembangkan operasinya di Sweden.

Pemegang saham terbesar syarikat bateri itu ialah Volkswagen dan ia juga membekalkan bateri kepada BMW dan Scania.

Volvo bercadang untuk memastikan 50 peratus dari jualannya adalah kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang tengah dekad ini.

Sasaran Volvo ialah untuk menjual hanya kenderaan elektrik menjelang 2030 dan usaha sama dengan Northvolt akan menggunakan XC60 elektrik sebagai model pertama projek tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…