Volvo perlihat sistem infotainmen berasaskan Android Automotive OS pada XC40 EV

oleh Mohamad Hanif|
Crossover paling kecil dan paling mampu milik XC40 tidak dapat dinafikan merupakan antara model Volvo yang paling berjaya pernah dihasilkan, dan tidak lama lagi ia bakal menerima varian elektrik sepenuhnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini pengeluar dari Sweden itu memperlihatkan struktur trenkuasa yang bakal dipasang pada XC40, pendedahan terbaharu Volvo kini memperlihatkan sistem infotainmen yang menjadi nadi utama kepada pengurusan SUV dalam kehidupan seharian. 

Sistem infotainmen yang hadir pada Volvo XC40 ini dikuasakan oleh Android Automotive OS, dan ia bakal menawarkan integrasi penuh kepada aplikasi kegunaan seharian seperti Google Maps, Google Assistant dan juga Google Play Store. 

 


Ini bermakna, sistem infotainmen ini akan mempunyai sambungan secara terus kepada rangkaian telekomunikasi dan pemilik boleh memuat turun aplikasi sama seperti apa yang dilakukan pada peranti pintar. 

Dengan adanya sokongan sambungan selular, kemas kini juga boleh dimuat turun menerusi sokongan OTA (Over-The-Air). 

Menurut Volvo, kemas kini yang akan datang akan membolehkan Google Maps bukan sahaja meningkatkan pengalaman navigasi mengikut turutan (turn-by-turn), malah ia juga boleh diintegrasikan kepada sistem ADAS (Advance Driver Assistance System) yang tersedia pada Volvo XC40. 

 


Menggunakan gabungan input daripada radar, dan sensor ultrasonik, serta dengan bantuan masa nyata daripada Google, perkara-perkara seperti had laju jalan raya serta data-data penting akan tersedia kepada pengguna dengan lebih terperinci. 

Dari segi luaran, tidak banyak perubahan ketara dibawakan melainkan gril hadapan yang kosong dan mengikut warna badan, rim aloi bersaiz 19 dan 20 inci serba baharu, serta penambahan warna baharu Sage Green kepada senarai warna sedia ada. 

Memandangkan khidmat enjin tidak lagi diperlukan, Volvo XC40 akan menawarkan ruang kargo tambahan di hadapan, dikenali sebagai frunk dengan saiz sebesar 30 liter. 

Tunggu sahaja kemas kini daripada kami di Careta pada 16 Oktober ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penawaran itu mewakili dua daripada tiga varian rangkaian kuasa baharu untuk kedua-dua…
Berita Domestik
Volvo XC40 B5 Ultimate ini membawakan trenkuasa hibrid ringan dengan enjin empat silinder sebaris 2…
Pelancaran
Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5…