Volvo panggil semula 730 ribu kenderaan - sistem brek automatik (AEB) bermasalah!

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan sistem brek kecemasan autonomi (AEB) yang bermasalah, Volvo terpaksa memanggil kembali lebih daripada 730,000 buah kenderaan di seluruh dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hal ini disedari oleh badan permotoran Jerman, FDM ketika mereka sedang menguji sebuah  model XC60 lewat tahun lalu dan mendapati sistem brek kecemasan automatik SUV tersebut tidak konsisten berfungsi.

Menurut FDM lagi, SUV yang diuji tidak membrek secara automatik apabila sistem mengesan kehadiran objek di hadapan.

Setelah keputusan ujian tersebut diterbitkan, unit SUV itu dipulangkan semula kepada ibu pejabat Volvo di Gothenburg, sebelum pihak Volvo mendapati isu yang serupa pada model yang diproduksikan semenjak 21 Januari 2019.

Ini termasuklah model-model seperti S60, S90, V60, V60 Cross Country, V90, V90 Cross Country, XC40, XC60 dan XC90.

 


Laporan daripada Consumer Reports turut mendapati kenderaan yang dipanggil semula telah dipasang dengan unit AEB yang tidak serasi dengan perisian yang dilengkapkan pada kenderaan yang dibina sebelum Mac 2020.

Secara tidak langsung, sistem tersebut tidak mampu untuk mengesan kehadiran objek atau pejalan kaki dihadapan kenderaan.

Jumlah keseluruhan kenderaan Volvo yang terlibat adalah 736,430 unit di seluruh dunia, dan 120,000 unit disumbangkan oleh pasaran Amerika Syarikat.

Syukur tiada sebarang kecederaan atau kemalangan disebabkan sistem AEB yang tidak berfungsi, namun Volvo tetap akan memulakan kempen panggil semula untuk mengemaskini perisian bermula Mei nanti.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…