Volvo panggil kembali 85 ribu kenderaan di Amerika - masalah fius pam bahan api terbakar

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, Volvo Car memanggil kembali lebih daripada 85,000 unit kenderaan disebabkan permasalahan pam bahan api.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah tersebut berpunca daripada fius 15A yang mengawal pam bahan api bertekanan rendah yang mungkin terbakar bila mana modul kawalan enjin menghantar isyarat penutupan modul pengedaran bahan api ketika arus elektrik memuncak.

Disebabkan itu, ia mampu menghalang pam bahan api daripada beroperasi dan menyebabkan enjin berhenti serta menyukarkan usaha untuk menghidupkan kembali enjin.

Namun, sehingga kini tiada sebarang insiden dilaporkan berhubung isu yang dibangkitkan ini.

Isu ini didapati pada sesetengah kenderaan pelanggan dan akhirnya disedari sendiri oleh Volvo apabila mereka membuat pengisian bahan api di kilang asal Volvo.

Antara kenderaan yang terlibat dalam kempen panggil semula ini termasuklah model sedan S60, S90 dan S90L, V60, V60 Cross Country, V90, V90 Cross Country, serta model SUV XC60 dan XC90 tahun 2019 dan 2020.

Penyelesaiannya? Volvo akan menggantikan fius 15A yang bermasalah itu kepada fius 20A, dan para pemilik Volvo akan diberitahu menjelang 1 Ogos ini.

Sumber: NHTSA