Volvo panggil kembali 19,000 kenderaan, berpunca dari tali pinggang keledar!

oleh Mohamad Hanif|
Lebih daripada 19,000 unit sedan, SUV dan wagon berjenama Volvo dipanggil kembali di pasaran Amerika Syarikat disebabkan masalah melibatkan tali pinggang keledar.

Menurut dokumen rasmi daripada agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah tersebut berpunca daripada komponen yang dipanggil sebagai Automatic Locking Retractor (ALR) oleh pembekal Autoliv yang tidak diproduksikan mengikut spesifikasi.

Disebabkan itu, fungsi penguncian yang biasanya digunakan untuk memastikan sistem pengekangan kanak-kanak (child restraint system) boleh dimatikan lebih awal, sekaligus meningkatkan risiko kecederaan melibatkan kanak-kanak.
 

Seat belt


Antara model yang terjejas termasuklah:

  • 2021 Volvo XC40 and XC40 Recharge
  • 2021-2022 Volvo V60
  • 2021 V60 CC
  • 2021-2022 Volvo XC60
  • 2021-2022 Volvo S60
  • 2021 Volvo V90 and V90 CC
  • 2021 Volvo XC90

Volvo akan memeriksa setiap komponen yang disyaki terjejas akibat kempen panggil semula dan tali pinggang keledar yang bermasalah akan digantikan secara percuma.

Ini bukanlah kali pertama masalah melibatkan tali pinggang keledar yang dikeluarkan oleh Volvo, memandangkan pada pertengahan 2020, terdapat kempen recall di peringkat global melibatkan 2.18 juta kenderaan disebabkan kabel keluli dalam binaan tali pinggang keledar yang cepat lusuh dan mampu mengurangkan keupayaan untuk mengekang pergerakan penumpang.

Sumber: Consumer Reports

Berita Berkenaan

Berita Global
Isu tersebut kian meruncing apabila agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA)…
Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah sistem infotainmen…
Berita Global
Rivian, yang didokong oleh gergasi Amazon berkata panggil semula itu aadalah bertujuan untuk…