Volvo muat naik lakaran rasmi S90 generasi baharu

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Volvo telah memuat naik dua keping lakaran model terbaharu Volvo S90 yang akan membuat kemunculan rasminya di North American International Auto Show (NAIAS), Detroit pada Januari 2016. Walaupun model skala bersaiz 1:43 telah tersebar sebelum ini, nyata ia bukan strategi yang cukup ampuh untuk memperkenalkan model yang penting bagi pengeluar dari Sweden ini. Volvo S90 generasi baharu bakal berentap dengan beberapa model terkemuka lain seperi BMW 5-Series, Mercedes-Benz E-Class, Audi A6, Jaguar XF, ataupun model dalam segmen yang lebih rendah sedikit seperti Lexus GS dan Cadillac CTS. Cuba perhatikan profil sisi foto model skala di bawah dengan foto di atas. Jelas sekali ia menampakkan persamaan dengan lengkung bumbung, garisan bahu dan bentuk tingkap mempunyai bentuk yang sama. Volvo-S90-Die-Cast-01 Satu lagi persamaan yang agak ketara antara lakaran dengan model skala di atas adalah lampu hadapan yang berbentuk "tukul Thor". Lampu tersebut kini menjadi salah satu elemen rekaan terbaharu keluarga Volvo selain bentuk jeriji hadapan yang masih lagi kekal. Ke bahagian belakang, lakaran kedua juga jelas menampakkan lampu yang mempunyai bentuk sama dengan model skalanya. Selain itu, emblem dengan perkataan Volvo juga turut berada diposisi yang sama, di tengah-tengah lampu belakang. Dijangka model estate/wagon turut akan diperkenalkan kerana model skala model tersebut turut bocor sebelum ini. Volvo S90 akan dibangunkan dari platform SPA yang turut digunakan oleh model crossover XC90 baharu. Ada kemungkinan model sedan S90 akan berkongsi enjin empat-silinder turbo 2.0 liter Drive-E yang sama dengan XC90. Adakah model ini mampu melonjakkan kembali jenama Volvo selepas diambil alih oleh Geely? Kita sama-sama nantikan! [gallery ids="1143,1144,1145,1146,1140,1141"]