Volvo meterai perjanjian bekalkan ribuan kenderaan kepada UBER

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo Cars, pembuat kereta premium, telah menandatangani perjanjian rangka kerja dengan Uber, syarikat perkongsian pengangkutan untuk menjual puluhan ribu kenderaan yang bersesuaian dengan pemanduan autonomi antara 2019 dan 2021.

Suatu yang menarik apabila anda memesan kenderaan melalui Uber dan yang tiba adalah sebuah Volvo canggih tanpa pemandu.

Perjanjian ini melibatkan pembekalan kenderaan asas dari Volvo yang akan dilengkapi oleh teknologi pemanduan autonomi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perjanjian bukan eksklusif ini meningkatkan perkongsian strategik antara Volvo Cars dan Uber yang diumumkan pada bulan Ogos 2016 serta membuka satu bab baharu dalam kerjasama di antara pengeluar kereta dengan syarikat berasaskan teknologi di Lembah Silikon (Silicon Valley).

Jurutera Volvo telah bekerjasama rapat dengan para jurutera dari Uber untuk membangunkan SUV premium XC90 yang akan dibekalkan kepada Uber.

Kenderaan ini mempunyai teknologi keselamatan dan teknologi utama pemanduan autonomi yang diperlukan Uber untuk ditambah dengan teknologi pemanduan sendiri yang dibangunkan mereka.

 

 

Volvo juga akan menggunakan kenderaan yang sama dalam program pembangunan teknologi pemanduan autonomi dengan perancangan untuk memperkenalkannya pada tahun 2021.

Ini bermakna, pasaran dunia tidak akan menerima kereta yang boleh terbang tetapi kereta yang dipandu secara autonomi. Tidak mengapa jika tidak boleh terbang, kereta yang boleh bergerak dan bertindak balas secara sendiri pun sudah cukup canggih.

Lebih canggih apabila kenderaan Uber yang dipesan tiba tanpa pemandu!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…