Volvo Malaysia lancar varian mild-hybrid XC90 B5 Inscription Plus - harga RM386,842

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia memperkemaskan lagi penawaran SUV saiz penuh Volvo XC90 dengan melancarkan sebuah varian mild hybrid, Volvo XC90 B5 Inscription Plus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi kuasa, Volvo XC90 B5 ini tampil dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang mampu menghasilkan 249 hp dan 350 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik Geartronic lapan nisbah kelajuan.
 

XC90


Sistem mild hybrid yang didatangkan itu mempunyai sistem brek pemulihan tenaga kinetik bagi membantu mengurangkan kadar penggunaan bahan api dan juga pelepasan emisi.

Selain itu, ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri signatur Volvo seperti sistem kamera 360 darjah, rim bersaiz 20 inci serta sistem audio Bowers & Wilkins Premium Sound.
 

B5


Aspek keselamatan yang menjadi identiti sesebuah kereta Volvo ditampilkan dengan ciri termasuklah Bantuan Pengekalan Lorong, Amaran Lintasan Trafik, serta Brek Automatik.

Harga jualan Volvo XC90 B5 bermula dari RM386,842.12 dan boleh didapati di semua pusat pameran Volvo bermula 5 Mac ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…