Volvo Malaysia lancar set pelitup muka bertemakan batik - RM99

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi pelitup muka bertemakan batik menerusi kerjasama dengan Three Little Ahmads dan Nano Textile.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Three Little Ahmads merupakan pengusaha jenama pakaian kanak-kanak yang diasaskan di Malaysia, di mana pelitup muka ini dibuat, dijahit oleh golongan ibu-ibu tunggal, wanita luar bandar, serta alumni vokasional GIATMara yang kehilangan pekerjaan disebabkan pelaksanaan PKP pada Mac 2020.

Disebabkan itu, individu daripada kumpulan komuniti ini akan diberikan imbuhan yang sewajarnya untuk setiap pelitup muka yang dihasilkan.

 


Menurut Akhtar Sulaiman, Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia berkata, "kolaborasi ini selari dengan teras falsafah 'Omtanke' Volvo yang membawa maksud 'untuk menjaga' dan 'bertimbang rasa' di dalam bahasa Sweden.

Selain daripada itu, ia juga mendefinisikan pendekatan Volvo dalam menangani permasalahan pembuangan pelitup muka pakai buang sebagai masalah persekitaran yang begitu pantas berkembang terutama di Malaysia.

Penggunaan corak batik tekap pada pelitup muka ini merupakan satu penghormatan yang baik kepada warisan seni Malaysia.

 


Menurut Datin Azrene Ahmad, pengasas dan pereka fesyen Three Little Ahmads menjelaskan, pelitup muka Volvo menggunakan tiga jenis bunga iaitu bunga matahari, bunga lili dan melati yang sangat bergaya untuk digunakan seharian.

Setiap pelitup muka diperbuat daripada kain kapas seratus peratus yang memiliki ciri anti bakteria, kalis air, memberikan perlindungan daripada bakteria dan virus, serta bertahan sehingga 100 kali cucian lembut.

Penambahan penuras PM 2.5 daripada NanoTextile yang diperbuat daripada teknologi nano mampu bertindak sebagai perlindungan kelima dan ujian yang dijalankan menunjukkan ia mampu menapis 90 peratus partikel virus dengan berkesan.

 


'Volvo Batik Reusable Facemasks' ini didatangkan dalam satu set tiga helai bernilai RM99, serta dua pilihan saiz iaitu sederhana dan besar. Setiap set datang dalam tiga variasi warna iaitu biru tua (bunga matahari), biru kelasi (bunga lili) dan biru langit (bunga melati).

Ia boleh didapati di semua pengedar Volvo di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…