Volvo mahu pasang kamera dalam kereta untuk pemandu mabuk dan tidak fokus

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo Cars mempunyai satu impian iaitu sifar kematian apabila melibatkan kereta keluarannya di masa depan. Itu adalah azam yang terpuji dan menunjukkan betapa seriusnya Volvo Cars dalam hal ehwal keselamatan.

Baru-baru ini Volvo Cars mengumumkan rancangan untuk menghadkan kelajuan kenderaan pada 180 km/j sahaja.

Rancangan itu turut termasuk dalam misi sifar kematian dan rupa-rupanya ada lagi yang mahu dibuat Volvo Cars.

Syarikat dari Sweden itu mahu memasang video di dalam kenderaan dan pelbagai sensor bagi mengesan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol atau mabuk dan tidak fokus dalam memandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volvo

 

Memandu laju, mabuk dan tidak fokus adalah dua perkara utama dalam bidang keselamatan jalan raya.

Kombinasi tersebut adalah jurang utama dalam misi Volvo Cars untuk menjadikan kereta keluarannya selamat dan sifar kematian.

Satu contoh yang dibawa Volvo Cars ialah data daripada NHTSA mendapati bahawa hampir 30 peratus kemalangan maut di Amerika Syarikat disebabkan pemandu mabuk.

Volvo Cars percaya bagi mengatasi masalah pemandu mabuk dan tidak fokus ialah dengan memasang video dan pelbagai sensor yang boleh mengawasi pemandu dan sistem mengambil alih kereta.

 

Volvo

 

Sistem akan mengesan apabila pemandu benar-benar mabuk atau tidak fokus bila mana pemandu gagal untuk memberi respon kepada amaran dan mempunyai risiko kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan parah atau kehilangan nyawa.

Sistem akan mengambil alih dengan menghadkan kelajuan kereta, memberi makluman kepada perkhidmatan bantuan Volvo On Call dan akhir sekali memperlahankan dan menghentikan kereta dengan selamat.

Berikut ialah contoh kelakuan yang menunjukkan pemandu dalam risiko merbahaya:

  • Kurang input pada stereng untuk tempoh masa tertentu
  • Pemandu yang dikesan dalam keadaan mata tertutup atau tidak menumpukan perhatian kepada jalan rata untuk tempoh masa tertentu
  • Kereta yang dipandu ke kanan dan ke kiri secara melampau atau tempoh tindak balas yang sangat perlahan
Volvo

 

Sistem yang berupaya mengawasi keadaan di atas adalah elemen penting dalam mengaktifkan intervensi pemanduan supaya keputusan penting dapat dibuat bagi mencegah kemalangan serius atau melibatkan kehilangan nyawa.

Pengenalan sistem kamera di dalam kesemua model Volvo akan bermula daripada generasi platform SPA2 pada awal tahun 2020.

Selain itu Volvo Cars juga mahu membawa isu ini ke tengah dan berbincang mengenainya sama ada pengeluar kereta mempunyai hak atau obligasi dalam melengkapi kenderaan yang boleh mengubah tingkah laku pemandu.

 

Volvo S60

 

Kedua-dua hasrat Volvo Cars iaitu had kelajuan dan pemasangan video dalam kenderaan adalah contoh bagaimana pengeluar kereta boleh bertanggung jawab secara aktif dalam mencapai sifar kemalangan maut.

Apa yang dibuat melalui teknologi dan tanggung jawab seperti ini adalah sokongan supaya pemandu mengamalkan sikap yang baik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…