Volvo lancar fungsi Volvo Used Car Locator - tawar pengalaman digital serba baharu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperkenalkan program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT pada Jun 2020, Volvo Car Malaysia baru-baru ini melancarkan fungsi yang dikenali sebagai Volvo Used Car Locator.
Modenas

Inisiatif digital ini menawarkan pengalaman membeli-belah dan mencari kenderaan pra-milik yang dapat memenuhi keperluan kewangan mereka, dan semua ini boleh dilakukan dengan lebih selesa dari kediaman masing-masing.

Volvo Used Car Locator mempunyai senarai kenderaan yang cukup lengkap daripada Volvo SELEKT, serta pengedar kenderaan terpakai berkualiti daripada Volvo.

Volvo SELEKT ini boleh didapati di Sisma Auto bertempat di Glenmarie, Selangor, dan iRoll Auto di Juru, Pulau Pinang, sementara selebihnya boleh didapati di 12 pengedar kenderaan terpakai berkualiti di seluruh negara.

 


Setiap kenderaan yang tertakluk di bawah program Volvo SELEKT ini dijamin berusia kurang dari lima tahun, jarak perbatuan kurang 100,000 km dan telah pun menerima pemeriksaan sebanyak 125 poin, naiktaraf perisian dan penggantian alat ganti tulen.

Selain daripada itu, setiap pemilik kenderaan Volvo SELEKT akan diberikan jaminan pengeluar selama 12 bulan minimum, pakej servis selama satu tahun (VSA 1) dan bantuan Roadside Assistance selama 12 bulan.

Setakat ini sambutan terhadap kenderaan pra-milik Volvo yang diterima adalah amat menggalakkan, dengan 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan terpakai Volvo pada tahun 2020 disumbangkan oleh Volvo SELEKT>

Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia menjelaskan, "respons positif yang diterima sejak pengenalan Volvo SELEKT telah memberikan kami motivasi untuk terus memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna.

"Dengan pengenalan Volvo Used Car Locator, pelanggan kini boleh mendapatkan informasi dan pengalaman pemilikan Volvo yang premium dengan hanya menggunakan peranti pintar atau laptop dari rumah, selaras dengan keadaan masa kini yang memerlukan kita menjaga kesihatan, keselamatan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, Volvo Car Malaysia bekerjasama dengan E-Waste Recycling Through Heroes (ERTH…
Pelancaran
Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5…
Berita Domestik
Difahamkan, model XC40 Recharge ini bakal ditawarkan dalam varian Volvo XC40 Recharge T5, iaitu…