Volvo lancar C40 Recharge motor elektrik tunggal, jarak operasi 434 km

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car mengemaskini penawaran SUV elektrik coupe C40 Recharge dengan memperkenalkan sebuah lagi varian motor elektrik tunggal yang lebih ringkas, namun dengan jarak pemanduan yang lebih jauh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Volvo C40 Recharge ini didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan, sementara pek bateri 69 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 434 km mengikut data kitaran WLTP.
 

C40


Sebagai perbandingan, C40 Recharge motor elektrik berkembar (402 hp/660 Nm) dengan pek bateri 78 kWh pula mampu bergerak sejauh 420 km untuk sekali cas penuh.

Tiada angka output didedahkan, namun tetapan trenkuasa yang sama pada model XC40 Recharge mempunyai janaan kuasa sehingga 231 hp.

Menurut Volvo, model C40 Recharge ini boleh dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 32 minit menggunakan sistem pengecasan pantas.
 

XC40


Selain daripada model C40 Recharge itu tadi, Volvo turut mengemaskini model XC40 Recharge dengan penawaran rekaan bampar baharu, rekaan gril tanpa rangka, unit lampu signatur Thor's Hammer, serta sistem teknologi lampu LED piksel adaptif.

Selain penawaran warna baharu, Volvo XC40 Recharge turut diberikan pilihan rim baharu serta opsyen upholsteri bebas kulit.

Baca: Volvo XC40 Recharge, 402 hp!

Baca: Volvo C40 Recharge, motor elektrik berkembar 402 hp

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat dari Sweden itu dijangka untuk memulakan eksport baharu ke Vietnam dan Filipina pada tahun…
Berita Domestik
Volvo berjaya menjual 3,194 unit kereta pada tahun 2022, dengan bulan Disember sebagai bulan…
Pelancaran
Volvo C40 Recharge didatangkan dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa yang terdiri daripada motor…