Volvo henti guna tatanama XC, V dan S pada model akan datang

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan pengeluar automotif mewah seperti Mercedees-Benz, BMW dan Volvo menggunakan format penamaan angka dan abjad bagi menerangkan sesebuah model kenderaan yang dijual, di mana ia lebih ringkas dan mudah untuk digunakan.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Namun, Volvo yang kita kenali dengan designasi nama model seperti XC90, S60 dan V70 (sekadar menyebut beberapa model) itu bakal menghentikan penggunaan angka dan abjad, sebaliknya akan menggunakan nama yang lebih beremosi, menurut CEO Volvo Hakan Samuelsson.

"Jika anda melihat kereta-kereta masa kini, kesemuanya mempunyai nama kejuruteraan yang tersendiri, XC, T8, All Wheel-Drive, DOHC - ia merupakan spesifikasi yang boleh dibaca pada bahagian belakang kenderaan.

Sejak dari tahun 1995, Volvo menggunakan tatanama abjad XC yang membawa maksud SUV/crossover, V untuk wagon, C untuk coupe,  dan S untuk model-model sedan, manakala angka pula menggambarkan segmen kenderaan bagi setiap model.

 


Jadi, untuk memasuki era baharu, Volvo memerlukan tatanama serba baharu bagi menggambarkan peralihan daripada enjin pembakaran dalaman kepada trenkuasa elektrik sepenuh masa.

"Kita sedang bercakap berkenaan senibina serba baharu, generasi baharu elektrik sepenuhnya, serta kenderaan elektrik dengan perkomputeran pusat.

"Jadi, adalah baik untuk kami menggunakan peralihan ini sebagai satu permulaan baharu, dan disebabkan itu kami tidak lagi akan menggunakan abjad dan angka. Kami akan memberikan nama sebenar, sama seperti anda memberikan nama baharu kepada bayi yang baru dilahirkan.

Tambah beliau lagi, walaupun Volvo masih tidak mengesahkan apakah jenis nama yang bakal digunakan, namun syarikat itu kini sedang mempunyai siri perbincangan yang kreatif dan menarik sedang berlaku.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Rata-rata di antara kita tahu kekuatan jenama Volvo itu sendiri sejak ia mula menempa nama di…
Berita Global
Bercakap kepada Reuters, ketua eksekutifnya Jim Rowan memberitahu tiada sebarang keperluan untuk…
Berita Global
Volvo yang kini dimiliki oleh syarikat dari China iaitu Geely itu sedar bahawa pembeli untuk model-…