Volvo guna teknologi 'gaming' untuk simulator pemanduan, bangunkan kereta lebih selamat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo Cars Ultimate Driving Simulator
Volvo Cars Ultimate Driving Simulator
Seronok sebenarnya mendalami teknologi dan bagaimana Volvo Cars membangunkan kenderaan buatannya untuk menjadi lebih selamat.

Jika sebelum ini Volvo Cars berkongsi mengenai kereta dijatuhkan dari udara kali ini mereka mendedahkan bagaimana teknologi gaming membantu dalam pembangunan kereta.

Teknologi yang digunakan begitu dekat dengan sukan elektronik iaitu simulator dan dipadan bersama komponen kereta seperti kerusi dan stereng.

Simulator dengan realiti gabung (mixed-reality/MR) tersebut digunakan untuk pembangunan teknologi keselamatan dan pemanduan berautonomi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volvo Cars Ultimate Driving Simulator

 

Berikut adalah setup simulator Volvo Cars:

  • Kerusi pemandu dan stereng Volvo.
  • Set kepala (headset) augmented reality (AR).
  • Platform tiga dimensi (3D) dari Unity dan pakar MR Varjo.
  • Sut badan penuh Teslasuit dengan fungsi haptik dari dunia maya dan mengawasi reaksi badan.

Setup ini berfungsi seperti memandu kereta sebenar dalam dunia nyata.

Kombinasi perisian dan perkakasan membantu jurutera Volvo Cars dalam situasi berikut:.

  • Simulasi senario trafik di trek ujian jalan raya sebenar menggunakan kereta sebenar dalam keadaan yang selamat.
  • Mendapatkan input penting dari interaksi di antara manusia dan kereta bagi membangunkan teknologi keselamatan, bantuan pemanduan dan ciri-ciri pemanduan berautonomi baharu.
  • Penguji kenderaan dapat didedahkan kepada fungsi keselamatan aktif dan bantuan pemanduan, antaramuka (interface) pemanduan berautonomi untuk pengguna, model masa depan dan sebagainya.

Kombinasi ini juga boleh digunakan di trek ujian jalan raya sebenar atau makmal ujian dan setiap keadaan boleh disesuaikan (customisable). 

Usaha ini sebenarnya bukan baru bermula dan tahun lalu bersama dengan Varjo, Volvo Cars menjadi pembuat kereta pertama yang membolehkan kereta sebenar dipandu sambil memakai set kepala MR.

Tahun ini kerjasama tersebut dikembangkan lagi bersama Unity dan Teslasuit.

 

Volvo Cars Ultimate Driving Simulator

 

Kenapa teknologi seperti ini penting?

Pengujian adalah satu perkara yang sangat penting dalam membangunkan sistem keselamatan kereta seperti teknologi menghindari kemalangan.

Menguji sistem tersebut di dalam dunia nyata memakan masa, boleh membahayakan dan mahal.

Di situ terletaknya kelebihan simulasi maya dan MR yang membolehkan pengujian dibuat dalam keadaan selamat tanpa perlu membina prototaip atau mengadakan senario yang kompleks.

 

Volvo Cars Ultimate Driving Simulator

 

Berikut adalah perincian perkakasan dan persisian yang digunakan:

Set kepala MR Varjo

Set kepala Varjo XR-1 Developer Edition menggunakan kamera video untuk fungsi MR. Fungsi itu bersama realiti maya (VR) boleh dipaparkan dalam resolusi tinggi (HD). 

Objek dan persekitaran yang dihasilkan di dalam Unity boleh diintergrasikan dengan dunia sebenar.

Simulasi Unity

Unity adalah syarikat di sebalik salah satu platform pembangunan paling popular di dunia untuk pembangunan permainan video.

Senario simulasi yang dihasilkan menggunakan perisian masa nyata (real-time) 3D dari syarikat ini.

 

Volvo Cars Ultimate Driving Simulator

 

Melalui perisian tersebut, pakar Volvo boleh menghasilkan persekitaran dan objek maya untuk digunakan dalam simulasi atau memasukkan model 3D yang tepat dari mana-mana reka bentuk kereta Volvo ke dalam persekitaran maya.

Dari situ penilaian reka bentuk dalam pelbagai keadaan seperti cahaya, lokasi dan cuaca dapat dibuat.

Teslasuit

Penggunaan Teslasuit dengan teknologi haptik penuh membolehkan penguji simulasi Volvo untuk merasai secara fizikal penghasilan semula daya (kadar rendah) apabila seseorang terlibat dalam kemalangan.

Melalui daya, getaran atau gerakan, teknologi haptik boleh menghasilkan semula pengalaman sentuhan ketika berinteraksi dengan dunia maya.

 

Volvo Cars Ultimate Driving Simulator

 

Sut tersebut juga membolehkan jurutera Volvo untuk menguji reaksi dengan mengkaji bagaimana otot, tahap tekanan dan degupan jantung bertindak balas dalam keadaan tertekan.

Input yang diiperolehi boleh diguna dalam membangunkan sistem keselamatan baharu bagi mengelak dan mengurangkan situasi berisiko.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volvo Cars Ultimate Driving Simulator

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…