Volvo EX90 2024 rasmi - SUV elektrik dengan 510 hp, 910 Nm, jarak gerak 600 km

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali imej acah disiarkan, Volvo akhirnya membuka tirai yang mendedahkan rupa paras sebenar SUV tujuh tempat duduk serba baharu Volvo EX90.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan pendekatan bahasa rekaan Volvo yang lebih moden, di mana unit lampu hadapan diserikan dengan DRL berbentuk tukul Thor yang lebih memanjang.

Bahagian depan itu juga tampil bersih tanpa sebarang bukaan jeriji, diikuti dengan profil sisi yang lebih kemas, sementara bahagian belakang pula menampilkan unit lampu berbentuk C.
 

EX90


Jika anda perasan, bonjolan yang terdapat pada bahagian bumbung depan itu sebenarnye menempatkan perkakasan penderia, kamera dan radar yang diperlukan untuk EX90.

Kesemua perkakasan itu disokong dengan sistem perkomputeran berprestasi tinggi yang bukan sahaja mampu menawarkan pandangan 360 darjah secara konsisten, keupayaan swapandu Tahap 3, dan mampu mengesan kehadiran objek kecil beberapa ratus meter di hadapan.

Semua itu menyumbang kepada status Volvo EX90 sebagai sebuah SUV yang paling selamat di dalam pasaran.
 

EX90


Menurut Volvo, EX90 juga turut dilengkapi dengan perkakasan yang diperlukan untuk menyokong pemanduan bebas manusia pada masa hadapan.

Secara standard, EX90 membawakan tetapan motor elektrik berkembar yang mampu menjana kuasa 496 hp dan daya kilas 770 Nm.

Varian Performance pula mampu menghamburkan kuasa setinggi 510 hp dan daya kilas 910 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat.

Pek bateri 107 kWh pula membolehkan jarak pemanduan sejauh 600 km dicapai untuk sekali cas penuh, dengan pengecasan pantas DC 250 kW, di mana 10 hingga 80 peratus boleh dicapai dalam masa 30 minit sahaja.
 

EX90


Rekaan dan susun atur ruang kabin pula adalah tipikal sebuah Volvo, ringkas dan minimalis.

Disebalik stereng, terdapat skrin kecil yang hanya memaparkan informasi yang diperlukan, sementara fungsi-fungsi lain ada dimuatkan dalam skrin paparan tengah bersaiz 14.5 inci.

Selain daripada sokongan Android Automotive OS daripada Google (termasuk Google Maps dan Google Play), skrin itu juga mempunyai keupayaan Unreal Engine yang dihasilkan oleh Snapdragon untuk paparan grafik yang lebih cantik.
 

EX90


Volvo EX90 turut membolehkan pemilik menggunakan peranti pintar sebagai pengganti kunci kereta, selain boleh digunakan untuk mengubah tetapan peribadi seperti posisi tempat duduk, tetapan iklim dan sebagainya.

Ia juga merupakan kereta Volvo pertama yang didatangkan dengan sistem pembesar suara terbina dalam perehat kepala yang disumberkan oleh Bowers & Wilkins.

Tidak ketinggalan, sistem radar dan kamera dalam kabin yang bukan sahaja berguna untuk mengesan kehadiran penumpang dan haiwan peliharaan di belakang, malah turut membantu memantau tumpuan pemandu.
 

EX90


Setakat ini, tiada sebarang tanda harga rasmi diumumkan, namun ia dijangka tidak melebihi julat $80,000 (RM375,320) di pasaran Amerika Syarikat untuk sebuah model yang cukup lengkap spesifikasinya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Vinfast VF3 secara asasnya merupakan sebuah SUV elektrik kecil dua pintu dengan rekaan badan yang…
Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.   Menurut…