Volvo EX90 2023 tampil dengan rekaan papan pemuka minimalis

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 9 November, Volvo bakal melancarkan SUV generasi baharu berkuasa elektrik sepenuhnya dengan nama baharu Volvo EX90 menggantikan peranan XC90.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bermakna, SUV mewah saiz pertengahan Volvo itu tidak lagi didatangkan dengan penawaran enjin pembakaran dalaman, selari dengan hasrat Volvo untuk menjadi pengeluar EV penuh menjelang 2030.

Baca: Volvo EX90 siar video acah ruang kabin

Sebelum ini, Volvo telah memperlihatkan sedikit sebanyak kelibat ruang dalaman EX90 dengan penggunaan bahan mewah yang serba lestari.
 

EX90


Namun dalam pendedahan terbaharu, Volvo menunjukkan susun atur sebenar papan pemuka SUV elektrik yang dikatakan memiliki ruang dalaman yang paling cantik itu.

Baca: Volvo EX90 2023 hadir dengan teknologi radar dalam kabin, pengecasan berbalik

Ia menampilkan dua skrin utama, di mana skrin kecil di depan pemandu hanya bertindak memaparkan informasi kritikal seperti kelajuan, jarak gerak serta tunjuk arah pemanduan.
 

EX90


Sementara skrin besar di tengah orientasi menegak itu menyimpan segala macam fungsi-fungsi penting sesebuah kenderaan, termasuklah sistem navigasi, kawalan iklim dan fungsi-fungsi lain.

Menurut Volvo, konfigurasi skrin paparan ini amat penting untuk membina kepercayaan antara pemandu dan penumpang, di mana mereka mahukan kedua-dua skrin ini menjadikan pemanduan yang lebih mudah, selamat dan bukannya mencipta gangguan ataupun kekeliruan.

Baca: Volvo EX90 akan jadi SUV paling selamat atas jalan raya