Volvo dipilih sebagai salah satu syarikat beretika di dunia - Contoh yang boleh dipelajari dari syarikat barat ini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Beroperasi dalam dunia globalisasi bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi apabila ia dipunyai oleh dua entiti dari negara berlainan.

Pertembungan budaya dan cara kerja bukan mudah untuk dihadapi dan apakah yang digunakan sebagai panduan?

Nilai-nilai yang dipegang atau tolak ansur secara bersama. Boleh juga gunakan standard dunia supaya seluruh ahli organisasi patuh pada nilai yang sama.

Volvo Cars adalah syarikat yang mementingkan nilai tinggi. Kita boleh lihat syarikat ini melabur ke dalam teknologi keselamatan sehingga pemilikan syarikat bertukar sebanyak dua kali iaitu Ford dan kemudian kumpulan Zhejiang Geely.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo S60

 

Teknologi keselamatan diberi perhatian lebih dalam masa pengeluar lain sibuk menfokuskan untuk menghasilkan kenderaan yang jimat minyak dan berkualiti.

Ini namanya menentang arus. Sekarang ini Volvo berada di fasa kedua pula, selepas menfokuskan dalam bidang keselamatan, mereka sedang fokus kepada kenderaan elektrifikasi dan autonomi.

Dari sini kita boleh lihat Volvo begitu menitikberat soal keselamatan manusia dan kelestarian alam sekitar.

Apabila Volvo Cars dinamakan sebagai salah satu syarikat Paling Beretika Di Dunia 2018 ia amat sesuai sekali.

Pengiktirafan itu diberi oleh Ethisphere Institute yang merupakan badan peneraju dalam standard perlakuan bisnes beretika.

 

Volvo S60

 

Ini sebenarnya tahun kedua berturut-turut Volvo memenangi anugerah tersebut. Sebanyak 135 syarikat disenaraikan pada tahun ini di mana Volvo adalah satu daripada tiga syarikat dalam kategori Automotif.

"Perniagaan yang bertanggungjawab merupakan bahagian penting dalam budaya dan cara operasi Volvo Cars, dan sesuatu yang kami terus mempromosikan secara dalaman dan juga melalui rakan perniagaan kami.

Pendekatan etika untuk perniagaan bukan sahaja perkara yang betul untuk dilakukan, tetapi juga membawa nilai kewangan dan membantu menarik dan mengekalkan bakat terbaik.

Kami bangga bahawa kami telah diiktiraf sebagai salah satu syarikat yang paling beretika di dunia untuk tahun kedua berturut-turut. " kata Presiden dan CEO Volvo Cars,  Håkan Samuelsson.

 

Volvo S60

 

Apa yang dilakukan oleh Volvo sebenarnya?

Volvo Cars telah menubuhkan program Pematuhan & Etika bagi menyokong komitmennya terhadap perniagaan yang bertanggungjawab, serta untuk mencegah dan mengurangkan pelbagai risiko undang-undang dan etika.

Sebagai sebahagian daripada program ini, Tatakelakuan dan Tatakelakuan untuk Rakan Niaga Perniagaan yang diasaskan mengikut konvensyen dan piawaian antarabangsa menetapkan prinsip-prinsip yang perlu dihormati oleh pekerja dan rakan niaga apabila bekerja atau menjalankan urus niaga dengan Volvo .

 

Volvo XC60

 

Selain itu selaras dengan komitmen untuk memupuk budaya kerja beretika, Volvo Cars telah membangunkan pelbagai latihan mengenai amalan perniagaan beretika untuk semua pekerja serta latihan khusus untuk para pengurus supaya dapat memberi contoh kepada pekerja bawahan.

Senang kata, kepimpinan melalui teladan!

Volvo juga menunjukkan kepada kita bahawa budaya beretika tidak boleh diharapkan berlaku begitu sahaja di mana ia perlu dilantik dan dibentuk secara tersusun.

Hebat bukan? Ini yang perlu kita pelajari dan contohi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…