Volvo dedah imej acah EX90, pelancaran 9 November ini

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai beberapa hari sahaja lagi Volvo bakal memperlihatkan SUV elektrik EX90 menggantikan model XC90.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sebelum tirai dibuka sepenuhnya, Volvo mengambil kesempatan menyiarkan video acah yang memaparkan sedikit sebanyak rekaan luaran SUV yang paling selamat itu.
 

ex90


Volvo mendakwa EX90 mempunyai kadar pekali seretan serendah 0.29, di mana ia dibantu dengan rekaan muka depan yang licin tanpa bukaan jeriji, rekaan rim yang lebih aerodinamik serta pemegang pintu yang tertanam kemas di dalam badan.

Selain itu, terdapat juga sistem LiDAR  yang dipasang pada bahagian bumbung.
 

EX90


Menurut Volvo, LiDAR itu diposisikan pada titik yang paling tinggi untuk memudahkan sistem 'melihat' pada sudut yang lebih luas untuk menyokong keupayaan pemanduan autonomi.

LiDAR ini mampu mengesan pejalan kaki pada jarak 250 meter dan ia merupakan sebahagian daripada pakej keselamatan Volvo EX90 yang turut merangkumi 16 unit penderia ultrabunyi, lapan kamera dan lima radar tambahan.
 

EX90


Penggunaan kamera dan radar juga turut tersedia di dalam ruang kabin, di mana ia digunakan untuk mengesan kehadiran penumpang dan haiwan peliharaan, serta memantau keadaan pemandu sepanjang masa.

Volvo EX90 2023 bakal muncul secara rasmi pada 9 November ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penjenamaan semula ini adalah penting bagi memudahkan pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu…
Berita Global
Menurut laporan daripada Teknikens Värld, unit prototaip sedan pra-produksi itu baharu sahaja…
Berita Global
Model terbaharu itu telah diumumkan pada penghujung tahun lepas, dan kini kita sudah boleh melihat…