Volvo dan Google bekerjasama – Bakal tawar akses Android dalam kereta!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo dan Google bekerjasama – Bakal tawar akses Android dalam kereta!
Volvo dan Google bekerjasama – Bakal tawar akses Android dalam kereta!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika diperhatikan sekarang ini teknologi telefon pintar begitu pantas berkembang sehinggakan banyak operasi yang dahulunya dilakukan oleh komputer peribadi telah diambil alih. Begitu juga dengan fungsi kamera dan aplikasi yang semakin hari semakin hebat.

Namun boleh dikatakan teknologi multimedia dalam kenderaan masih lembap dan tidak selari dengan apa yang boleh didapati dari telefon pintar. Apa yang melucukan ialah ada pengeluar yang mahu memerah sehabis untung apabila menawarkan varian kereta mereka dengan sistem navigasi berharga ribuan ringgit.

Tidak masuk akal sungguh, daripada tawarkan sistem navigasi dan paparan yang tidak mesra pengguna pada harga ribuan ringgit lebih baik tawarkan sistem keselamatan lebih lengkap atau kerusi keselamatan bayi sewaktu pembelian.

Mujurlah trend ini sudah berubah, banyak pengeluar kenderaan serta vendor sudah mula memandaikan sistem multimedia dan hiburan dalam kenderaan.

Volvo nampaknya lebih kehadapan apabila mengumumkan mereka sedang bekerjasama dengan Google, salah satu syarikat teknologi terbesar dunia bagi membangunkan generasi baharu sistem infotainment dan sambungan yang dibina di atas platform Android.

Tidak kira Apple atau Google, usaha ini membolehkan lebih banyak akses kepada aplikasi dan perkhidmatan.

Apabila usaha ini menjadi realiti kelak, aplikasi yang terdapat pada sistem Android boleh diakses pengguna malah ia akan turut dibangunkan oleh Volvo dan pembangun aplikasi pihak ketiga yang bakal menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna.

Volvo percaya melalui platform Android, ia bakal mempercepatkan pembangunan sistem untuk kenderaan mereka dan menawarkan pelanggan lebih pilihan untuk menambah baik pengalaman pemilikan kenderaan Volvo.

Selain daripada itu, Volvo turut bekerjasama dengan Google bagi membolehkan fungsi Google Local Search iaitu aplikasi carian setempat dan ia boleh didapati kelak semasa kemaskini sistem Sensus Navigation.

Maklumat lanjut tentang kerjasama ini dan penerokaan OS Android akan diumumkan pada pameran teknologi tahunan Google iaitu Google I/O pada 17 Mei depan.

Penggunaan sistem Android dalam kenderaan bakal dinikmati pemilik dan penumpang Volvo dalam tempoh dua tahun dan pastinya ia bakal merubah lanskap dunia automotif.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…