Volvo daftar tanda dagangan 'B' pada XC60 - versi elektrik bakal menyusul?

oleh Mohamad Hanif|
Mengikut kepada pendaftaran tanda dagangan terbaharu daripada Sweeden, Volvo dikatakan sedang membangunkan sekurang-kurangnya dua versi SUV XC60 berkuasa elektrik, dinamakan B4 AWD dan B5 AWD.

Trend penamaan Volvo pada kenderaan mereka kini dibuat berdasarkan sistem kuasa pacuan yang digunakan, sebagai contoh T5, T6 dan plug in hybrid T8 merupakan keluarga enjin petrol, manakala D pula merujuk kepada diesel (yang telah dihentikan oleh Volvo).

Manakala abjad B pula masih belum memasuki direktori kenderaan keluaran Volvo masa kini dan berkemungkinan besar ia akan mewakili Battery (merujuk kepada kenderaan elektrik).  

Swedespeed melaporkan bahawa Volvo pernah menggunakan abjad B pada enjin Volvo terdahulu seperti pada tahun 1944, syarikat tersebut menghasilkan enjin dengan kod designasi B4B yang mana B mewakili Bensin (petrol). 

Hanya pada tahun 2010 Volvo menukar abjad designasi untuk enjin petrol kepada T seperti mana yang kita semua arif pada Volvo masa kini. 

Apa pun, spekulasi ini membuktikan Volvo kini sedang sibuk membangunkan versi elekrik bagi kenderaan keluaran mereka dengan matlamat menjadikan separuh daripada penjualan kenderaan mereka terdiri daripada versi elektrik menjelang 2025.

Tags

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Didatangkan dalam varian tertinggi T8 Twin Engine plug-in hybrid, ketiga-tiga model ini menggunakan…
Berita Global
SUV, SUV dan SUV.  Entah kenapa, trend pemilikan kini beralih arah kepada SUV (termasuklah…
Berita Global
Walaupun Polestar bergerak sendirian menghasilkan model PHEV dan EV (Polestar 1, Polestar 2 dan…