Volvo daftar paten sistem stereng boleh beralih posisi

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia ini terbahagi kepada dua posisi pemanduan, yang biasa kita gunakan adalah di sebelah kiri, sementara sebahagian negara lain mengamalkan pemanduan di sebelah kanan, dan ini menjawab persoalan kenapa terdapat dua jenis konfigurasi pemanduan yang berbeza untuk model kenderaan yang terdapat di pasaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ada yang lebih agresif seperti McLaren menggunakan konfigurasi pemanduan di mana kedudukan stereng berada di tengah-tengah papan pemuka.

Apapun posisi stereng yang ditawarkan, ia sebenarnya merupakan salah satu penyumbang kepada kenaikan kos pembangunan, di mana para pengeluar terpaksa berbelanja lebih semata-mata untuk menukarkan posisi stereng untuk pasaran tertentu.

Solusinya?

 


Ada pada paten yang didaftarkan oleh Volvo di mana baru-baru ini pengeluar automotif Sweden itu telah mempatenkan sistem yang membenarkan posisi roda stereng diubah dari kanan ke kiri dan sebaliknya.

Kedengaran macam filem fiksyen sains, bukan? Namun dengan kehadiran teknologi pemanduan autonomi serta teknologi steer-by-wire, paten terbaharu Volvo ini dilihat agak logik untuk diaplikasikan pada kenderaan.

Bukan sekadar steer-by-wire, Volvo juga turut merangkumkan beberapa teknologi seperti brake-by-wire dan throttle-by-wire, serta menggabungkan komponen stereng dan kluster meter menjadi satu bahagian yang boleh bergerak seiringan.

 


Ini membenarkan pemandu untuk menukar posisi pemanduan dengan lebih mudah dari kiri ke kanan, atau jika mereka ingin merasai sendiri pemanduan ala McLaren F1 di mana stereng boleh diposisikan di bahagian tengah.

Sementara untuk pedal kaki pula, Volvo mungkin akan memasangnya pada kedua-dua bahagian yang akan diaktifkan sekiranya posisi pemanduan sudah pun ditetapkan.

Dengan adanya teknologi sebegini, ia lebih memudahkan para jurutera untuk membangunkan sesebuah model kenderaan tanpa perlu mengkhususkan kepada pasaran spesifik pemanduan sebelah kanan/kiri.

Ini juga sekaligus menyumbang kepada penurunan kos pembangunan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…