Volvo Concept Recharge utamakan bahan lestari, mesra alam, bebas fosil

oleh Mohamad Hanif|
Diperlihatkan secara rasmi pada pertengahan tahun yang lalu, model elektrik Volvo Concept Recharge bukanlah sekadar melambangkan hala tuju baharu bagi aspek rekaan kenderaan Volvo pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan menggunakan bahan yang lebih lestari seperti bahan kitar semula dan boleh diperbaharui, digandingkan pula dengan penggunaan tenaga yang bersih sepanjang proses pembekalan, pembuatan dan penggunaan, Volvo percaya mereka mampu mengurangkan impak kitaran CO2 sebanyak 80 peratus berbanding sebuah Volvo XC60 2018, tanpa mengorbankan kualiti premium Volvo yang diketahui selama ini.

Secara keseluruhan, Concept Recharge dijangka memberikan kesan CO2 sepanjang kitaran hayat di bawah 10 tan, terutama apabila dicas menggunakan 100 peratus tenaga yang boleh diperbaharui.
 

Vovlo


Menurut Owen Ready, Ketua Unit Reka Bentuk Jenama dan Strategik Volvo Cars menjelaskan, "bila kita memasuki era kenderaan elektrik, salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan adalah berapa jauh anda boleh pandu untuk sekali cas penuh.

"Cara yang mudah adalah untuk menambah kapasiti bateri, namun ia bukanlah semudah menambah tangki bahan api yang lebih besar - ini kerana bateri mampu menambah berat dan juga meningkatkan jejak karbon.

"Sebaliknya, kita perlu meningkatkan kadar kecekapan secara keseluruhan untuk meningkatkan jarak operasi.

Untuk itu, Volvo Concept Recharge menampilkan aspek aerodinamik yang inovatif seperti rekaan yang mampu melancarkan aliran udara, rekaan roda baharu, garis bumbung yang lebih rendah serta rekaan belakang yang lebih menegak.
 

Volvo


Untuk ruang kabin, Volvo Concept Recharge menampilkan penggunaan bahan yang lebih mesra alam, seperti contoh fabrik pada tempat duduk daripada bulu Sweden yang diperoleh dengan bertanggungjawab, sementara kusyen tempat duduk dan permukaan sentuhan pada pintu diperbuat daripada bahan yang mengandungi gentian TencelTM dari selulosa.

Fabrik ini dihasilkan menggunakan proses yang cekap tenaga, dan memiliki ciri yang kuat, tahan lasak, dan lembut kepada kulit manusia.

Sementara bahagian belakang tempat duduk dan penghadang kepala, serta bahagian roda stereng pula menggunakan bahan baharu yang dinamakan sebagai Nordico.

 Ia merupakan bahan lembut yang diperbuat daripada sumber bio dan bahan yang dikitar semula daripada hutan lestari Sweden dan Finland, serta menghasilkan jejak CO2 74 peratus lebih rendah berbanding penggunaan bahan kulit.
 

Volvo


Untuk ruang seperti bahagian bawah ruang storan, belakang penghadang kepala dan tempat perehat kaki, Concept Recharge menampilkan penggunaan satu bahan komposit flax yang menggunakan gentian daripada tumbuhan biji rami yang dicampur dengan bahan komposit bagi menghasilkan estetika yang kuat dan ringan, namun masih lagi menarik dan semulajadi.

Penggunaan bahan flax itu juga mampu mengurangkan lagi kadar penggunaan plastik pada kereta ini, terutama pada bahagian bampar hadapan, belakang, serta pada bahagian acuan ambang.
 

Pirelli


Salah satu perkara penting yang turut diberikan penekanan adalah tayar.

Ia bukan sahaja penting untuk memastikan keselamatan pemanduan, akan tetapi perlu juga menyumbang kepada kadar kecekapan kenderaan secara keseluruhan selain mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Concept Recharge menggunakan tayar yang dibina khusus oleh Pirelli yang bebas daripada penggunaan minyak mineral, dan diperbuat daripada 94 peratus bahan bebas fosil, merangkumi getah asli, bio-silika, rayon dan juga bio-resin.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Concept Recharge membawakan pegangan 'kurang, tetapi lebih baik' di mana struktur binaan kenderaan…