Volvo catat rekod jualan terbaik separuh pertama tahun 2019

oleh Mohamad Hanif|

Untuk separuh pertama tahun 2019, Volvo Cars telah berjaya menjual kira-kira  340,826 buah kenderaan, peningkatan sebanyak 7.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Pasaran utama seperti China, Amerika Syarikat dan Eropah masing-masing mencatatkan pertumbuhan yang stabil, dengan China menjadi penyumbang jualan tertinggi bagi tempoh yang sama, dan jualan bulan Jun sahaja. 

Jika dilihat kepada prestasi jualan pada bulan Jun, Volvo Cars menjual 62,775 buah kenderaan, iaitu penurunan sebanyak 2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Penurunan ini datang dari pasaran Eropah di mana penurunan peratusan penjualan dicatatkan pada 9 peratus, manakala pasaran terbesar Volvo, Sweden juga melaporkan penurunan sebanyak 41.7 peratus (5,762 unit).
 


Sementara itu di China, Volvo Cars berjaya mencatatkan jumlah penjualan paling tinggi dengan 67,741 buah kenderaan (naik 10%) berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Manakala dalam bulan Jun sahaja, China berjaya merekodkan jumlah jualan sebanyak 13,238 unit dan peningkatan ini disumbangkan oleh permintaan yang tinggi untuk model XC60 dan S90 yang dipasang secara CKD di China. 

Barisan SUV Volvo seperti XC60, XC40 dan XC90 masih lagi menerima permintaan yang menggalakkan dari seluruh dunia diikuti dengan model lain seperti V60, V60 Cross Country dan S60 sedan. 

Volvo Cars juga telah memulakan penghantaran unit kenderaan mild-hybrid kepada para pelanggannya. 

Berikut merupakan rekod jualan Volvo Cars bagi pasaran yang berlainan:

 

Jun

 

 

Januari-Jun

 

 

2018

2019

Perubahan

2018

2019

Perubahan

Europe

33,213

30,234

-9%

164,480

174,398

6%

China

11,688

13,238

13.3%

61,480

67,741

10.2%

US

9,868

9,934

0.7%

47,622

50,120

5.2%

Other

9,289

9,369

0.9%

44,057

48,567

10.2%

Total

64,058

62,775

-2%

317,639

340,826

7.3%

Berita Berkenaan

Berita Global
Gambar ihsan Tesla   Bermula 2025, kenderaan Volvo akan dilengkapi port pengecasan North…
Berita Domestik
Seiring dengan perjalanannya ke arah era baharu keselamatan, Volvo Cars kini mempunyai visi untuk…
Berita Global
Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan…