Volvo Cars tawar cuti bersalin bergaji selama 6 bulan untuk ibu dan bapa

oleh Muhammad Md Tajudin|
Prinsip Volvo Cars dalam menjaga keselamatan pengguna tidak boleh dinafikan lagi. Syarikat daripada Sweden ini begitu bersungguh-sungguh dalam objektif tersebut melalui pengenalan pelbagai teknologi canggih di dalam kereta keluarannya.

Nampaknya Volvo Cars sekali lagi melangkah ke hadapan apabila memperkenalkan cuti bersalin selama enam bulan dengan 80 peratus gaji.

Volvo Cars memperkenalkan polisi tersebut untuk pekerja di bawah syarikat jualan di rantau EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika).

Polisi baharu Volvo Cars ini lebih 'mewah' dan inklusif berbanding kebanyakan polisi ibu bapa kebangsaan di Eropah dan pertama seumpamanya untuk industri kereta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Volvo Cars

 

Polisi seperti ini bukan baharu buat Volvo Cars dan sebenarnya dipengaruhi oleh undang-undang kebangsaan Sweden yang terkenal di peringkat dunia dengan pelbagai kebajikan untuk ibu bapa.

Skim cuti Volvo Cars untuk rantau EMEA ini adalah program perintis yang berkemungkinan akan dilaksanakan untuk kesemua 43,000 pekerja di serata dunia.

Inisiatif ini dapat membantu dalam mengenalpasti halangan kepada amalan dan cabaran untuk negara di luar Sweden.

Kebanyakan negara di rantau EMEA sudah pun mempunyai cuti bersalin bergaji namun masih terdapat jurang besar di antara ibu dan bapa. Kebiasaannya skim tersebut tidak berpihak kepada bapa.

 

Volvo Cars

 

Selain itu, skim cuti sama rata juga akan menawarkan peluang untuk meningkatkan pasaran pekerja dan peluang kerjaya buat golongan wanita dengan mengurangkan jurang kerjaya dan gaji.

Volvo Cars juga mahu meletakkan syarikat sebagai majikan pilihan buat pekerja sedia ada dan masa depan dengan menawarkan pakej cuti bersalin bergaji.

Polisi baharu ini adalah sebahagian daripada cita-cita besar Volvo Cars yang mahu menarik dan mengekalkan tenaga kerja terbaik buat syarikat mereka.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…