Volvo Cars pecah rekod jualan sejak 1927, 642K unit pada 2018

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika and membaca laporan ekonomi sekarang ini nampak seperti ekonomi global mengalami kemelesetan (minta jauh). Tetapi jika laporan prestasi jualan kereta dirujuk, tidak ada apa-apa perkembangan negatif yang berlaku.

Pengguna terus membeli sama ada di peringkat domestik atau global. Terbaru Volvo Cars yang kini saudara kepada Proton mengeluarkan data jualan pada tahun 2018.

Keputusannya adalah positif dengan mencatatkan rekod jualan lebih daripada 600,000 dan ia adalah pertama kali dalam sejarah penubuhan syarikat sejak diasaskan pada 1927. 

Pada tahun 2018, jualan syarikat meningkat 12.4 peratus kepada 642,253 unit berbanding tempoh sama pada 2017.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Volvo S90

 

Ini sebenarnya adalah kali kelima berturut-turut Volvo Cars berjaya memecahkan rekod jualan. Pada 2017, jualan adalah sebanyak 571,577 unit.

Prestasi hebat pada tahun lalu disumbangkan oleh permintaan terhadap portfolio produk yang diperbaharui Volvo, apa lagi jika bukan famili SUV.

Peningkatan itu disumbang oleh permintaan di Amerika Syarikat, China dan Eropah. 

Pada bulan Disember 2018, kenderaan yang terjual ialah sebanyak 60,157 unit, meningkat 2.8 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Volvo XC40

 

Untuk tempoh Januari hingga Disember, jualan di AS meningkat 20.6 peratus kepada 98,263 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Jualan di AS dijangka terus meningkat melalui penawaran S60 baharu yang dipasang di sana. Pada bulan Disember 2018, jualan adalah sebanyak 8,826 unit.

Di China, jualan meningkat sebanyak 14.1 peratus kepada 130,593 sepanjang tahun lalu. Model yang digemari ialah XC60 dan S90. Pada bulan Disember 2018, jualan adalah sebanyak 11,868 unit, meningkat 17.9 peratus.

Eropah turut mencatatkan prestasi yang baik. Jualan meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada 317,838 pada 2018 berbanding 2017.

Jika pelanggan China menggemari XC60 dan S90, pelanggan Eropah pula memilih V60 dan XC40. Pada bulan Disember 2019, jualan adalah sebanyak 29,469 unit.

Berikut ialah jualan Volvo Cars mengikut model pada 2018 dan 2017:

1. XC60 - 189,459, 2017: 184,966

2. XC90 - 94,182, 2017: 87,518

3. V40/V40 Cross Country - 77,587, 2017: 95,370

4. XC40 - 75,828

5. S90 - 57,142, 2017: 46,602

 

Volvo V40

 

Ringkasan jualan Volvo Cars pada 2018:

Disember

 

Januari-Disember

   
 

2017

2018

Perbezaan

2017

2018

Perbezaan

Eropah

29,871

29,469

-1.3%

298,625

317,838

6.4%

China

10,066

11,868

17.9%

114,410

130,593

14.1%

AS

9,679

8,826

-8.8%

81,504

98,263

20.6%

Lain-lain

8,910

9,994

12.2%

77,038

95,559

24.0%

Total

58,526

60,157

 2.8%

571,577

642,253

12.4% 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…