Volvo Cars hasilkan beg daripada Nordico - bahan yang digunakan pada upholsteri kereta C40 Recharge

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars dengan kerjasama jenama fesyen 3.1 Phillip Lim menawarkan aksesori fesyen mewah terbaharu yang diperbuat daripada bahan yang lestari dinamakan sebagai Nordico.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bahan Nordico yang digunakan untuk membuat beg tangan itu merupakan bahan inovatif berkualiti tinggi yang dicipta oleh Volvo Cars bagi menggantikan peranan kulit pada kenderaan elektrik mereka.
 

Nordico


Terdiri daripada tekstil yang dibuat daripada bahan kitar semula seperti botol PET, bahan bio-atribut daripada hutan lestari di Sweden dan Finland, serta gabus yang dikitar semula daripada industri wain, Nordico dikatakan akan menetapkan tanda aras baharu bagi rekaan ruang kabin kenderaan segmen premium pada masa akan datang.

Beg ini juga turut menampilkan elemen rekaan yang diinspirasikan daripada unsur minimalis Scandinavia, selain mempunyai ruang storan yang memadai, tali berganda serta kantung khas.
 

C40


Sayang sekali, disebabkan ia dihasilkan dalam unit yang agak terhad, beg tangan Nordico ini tidak boleh didapati menerusi pembelian biasa, namun orang ramai dan pelanggan Volvo boleh mendapatkan beg ini menerusi kempen pertandingan, lelongan amal dan hadiah.

Baca: EV Volvo bebas bahan kulit haiwan menjelang 2030

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…