Volvo juga merekodkan jualan kereta eletriknya dengan mencatakan peningkatan sebanyak 70 peratus dengan sebanyak 113,419 unit dijual.
Perkara itu menunjukkan Volvo Cars kukuh dengan komitmen produk eletriknya dengan rantaian bekalan yang lebih stabil.
Di Eropah, sebanyak 294,794 unit kereta telah dijual dan ia meningkat sebanyak 19 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022.
Manakala, jualan di China hanya meningkat 5 peratus dengan 170,091 unit dijual sepanjang tahun 2023.
Seterusnya di Amerika Syarikat, jualan sepanjang tahun 2023 meningkat sebanyak 26 peratus dengan sebanyak 128,701 unit kereta dijual.
Kilang produksi dan pengeluaran utamanya terletak di Gothenburg, Ghent, Belgium, Carolina Selatan, Amerika Syarikat, dan bandar-bandar China Chengdu, Daqing dan Taizhou.
Syarikat itu juga mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan serta reka bentuk di Gothenburg, Camarillo, Amerika Syarikat dan Shanghai, China.
Pada tahun lalu juga, Volvo Cars turut membuka Tech Hub baharu di Singapura, yang akan menumpukan pada kecerdasan buatan “Artificial Intelligence” (A.i), pembelajaran mesin, analisis data dan teknologi Industri 4.0.
SUMBER : TheStar