Pendapatan operasi tahun 2021 pula meningkat kepada SEK 20.3 bilion (RM 9.11 bilion) daripada SEK 8.5 (RM 3.81 bilion) pada tahun sebelumnya.
Margin kendalian (operating margin) adalah sebanyak 7.2 peratus.
Walaupun mencatatkan prestasi cemerlang, syarikat mengalami penurunan pada sukuan keempat.
Hasil syarikat turun enam peratus kepada SEK 80.1 bilion (RM 35.94 bilion) berbanding tempoh sama tahun lalu.
Di sebalik penurunan tersebut permintaan dan pengambilan pesanan kekal kuat namun terhalang disebabkan cabaran dalam pengeluaran.
Angka jualan pada suku keempat jatuh 20 peratus berbanding suku keempat 2020.
Jumlah rendah dibalas timbal dengan realisasi harga yang kuat dan peralihan kepada model margin tinggi.
Pendapatan operasi adalah sebanyak SEK 3.7 bilion (RM 1.66 bilion) mewakili margin kendalian 4.6 peratus.
Untuk tahun 2022, syarikat menjangkakan permintaan pelanggan akan terus kuat termasuk pertambahan jualan kenderaan elektrik seterusnya mempengaruhi prestasi jualan keseluruhan tahunan.
Volvo Cars sekarang ini sedang mempertingkatkan kapasiti pengeluaran kenderaan elektrik kepada 150,000 unit.
Penulis: Muhammad Md Tajudin