Volvo Car Malaysia tawar promosi menarik sempena Aidilfitri

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2021 yang bakal menjelang, Volvo Car Malaysia menjalankan beberapa siri kempen untuk menceriakan suasana walaupun di dalam kekangan pergerakan akibat COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Volvo Car Malaysia ingin mengingatkan rakyat Malaysia untuk segera mengambil peluang ke atas pengecualian cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2021, di mana Volvo Car Malaysia menawarkan kadar faedah serendah 1.88 peratus dengan skema pengurangan baki pembiayaan untuk setiap kenderaan baharu Volvo.

Pemilik baharu juga turut menerima pakej servis penyelenggaraan percuma (VSA 5+) selama lima tahun bernilai sehingga RM9,200.

Bermula 19 April sehingga 31 Mei, para pemilik Volvo yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis bakal menerima pakej berupa pemeriksaan kondisi kenderaan secara percuma, pencucian kenderaan, diskaun 30 peratus untuk alat ganti terpilih, serta diskaun 20 peratus untuk aksesori yang ditawarkan oleh Volvo Car Malaysia termasuk pakej optimasi perisian Polestar.

Selain daripada itu, Volvo Car Malaysia juga turut bekerjasama dengan Thule menerusi program Gift With Purchase (GWP), di mana setiap pembelian 2 unit beg bagasi Thule akan menerima sebuah organizer Thule Subterra PowerShuttle secara percuma.

 


Selain daripada itu, pemilik Volvo juga berpeluang untuk menyertai peraduan #MYVolvoRaya dengan pelbagai hadiah menarik daripada Bowers and Wilkins seperti Bowers and Wilkins Formation Flex, atau hadiah utama berupa Bowers and Wilkins Formation Soundbar.

Untuk menyertai peraduan #MYVolvoRaya, pemilik hanya perlu menghantar kenderaan untuk diservis, dan berkongsi pengalaman unik menerusi borang dalam talian yang disediakan.

Pemenang akan dipilih berdasarkan kisah yang paling kreatif berkenaan kereta Volvo mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau dengan mengikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…