Volvo Car Malaysia tawar jaminan kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan

oleh Mohamad Hanif|
Memasuki tahun 2021, Volvo Car Malaysia telah menyemak semula penawaran program jaminan kenderaan di mana setiap kenderaan yang didaftarkan bermula 1 Januari 2021 tertakluk kepada program waranti lima tahun tanpa had perbatuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini, para pemilik Volvo berhak mendapat jaminan tiga tahun/100,000 km yang digandingkan dengan tambahan jaminan Extended Warranty Programme (EWP) selama tempoh dua tahun/20,000 km yang dibekalkan oleh rakan insurans.

Dengan pengenalan jaminan kilang baharu ini, para pelanggan boleh menikmati perlindungan yang serupa tanpa sebarang penambahan kos, selain menerima pengalaman servis yang premium.

Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia menjelaskan, "penawaran terbaharu ini merupakan sebahagian daripada dedikasi kami terhadap kualiti, terutama melibatkan kenderaan dan hubungan dengan pelanggan.

"Di Volvo Car Malaysia, setiap keputusan yang dibuat adalah berpandukan keperluan pelanggan, supaya ia dapat mengukuhkan lagi kepercayaan mereka terhadap Volvo.

Walaubagaimanapun, penawaran terbaharu ini hanya tertakluk kepada kenderaan milik persendirian sahaja, dan tidak merangkumi kenderaan yang didaftarkan untuk tujuan komersial.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi mana-mana pusat pengedar sah Volvo Car Malaysia, atau menerusi laman Facebook dan Instagram Volvo Car Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…