Volvo Car Malaysia lancar pembiayaan kewangan fleksibel

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia kini menyediakan perkhidmatan pembiayaan yang fleksibel pada kadar yang rendah melalui Volvo Car Finance menerusi kerjasama dengan RHB Bank Berhad (RHB).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara kelebihan utama yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah seperti kadar faedah serendah 1.88 peratus, serta tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun dengan jumlah maksimum RM500,000.

Selain itu, terdapat juga pilihan untuk memasukkan pakej penyelenggaraan dan aksesori prabayar ke dalam kemudahan pembiayaan, selain kemudahan yang serupa dengan pinjaman perumahan yang membolehkan pengurangan baki pokok dan caj keuntungan.

Menurut Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, "dengna kadar pembiayaan yang menggalakkan dan yuran bulanan, pemilikan kenderaan Volvo kini menjadi lebih mudah bagi rakyat Malaysia.

"Melalui Volvo Car Finance, kami memperkasakan pelanggan kami untuk merasai pengalaman pemilikan peribadi mereka, kerana Volvo terus menawarkan kemewahan yang direka untuk keselamatan dan kemampanan – semuanya adalah keperluan pelanggan yang arif hari ini.”

Jeffrey Ng, Pengarah Urusan Komuniti Kumpulan di Kumpulan Perbankan RHB berkata, "kami teruja dengan apa yang bakal dibawakan oleh perkongsian ini, dan berharap untuk menyokong pelanggan Volvo dengan fleksibiliti memiliki kenderaan Volvo yang mereka inginkan.

Butiran lanjut boleh didapati menerusi laman web www.volvocars.com/my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…