Volvo Car Malaysia komited jadikan Malaysia hab EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bagi menjadikan Malaysia sebagai hab kenderaan elektrik (EV), Volvo Car Malaysia telah mengumumkan langkah untuk hasratnya ke arah elektrifikasi di pasaran tempatan dan serantau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat dari Sweden itu dijangka untuk memulakan eksport baharu ke Vietnam dan Filipina pada tahun ini, pada tahun 2022, Volvo juga telah memulakan penghantaran ke Indonesia.

Pada tahun 2022 juga, Volvo telah memperkenalkan EV pertama mereka di pasaran tempatan iaitu XC40 Recharge Pure Electric pada bulan Mac 2022.

SUV EV pertama Volvo itu telah menerima sambutan yang menggalakkan apabila berjaya mencatatkan 400 pesanan dalam bulan pertama pelancarannya.

Pada bulan Disember 2022, Volvo turut memperkenalkan EV pemasangan tempatan (CKD) kedua mereka iaitu C40 Recharge Pure Electric.

 

2

 

Selaras dengan hasrat mereka untuk menjual EV sepenuhnya menjelang 2030, Volvo berada di landasan tepat dimana sasaran untuk 75 peratus daripada hasil jualan mereka datang daripada barisan Recharge Pure Electric menjelang tahun 2025.

Antara inisiatif Volvo ke arah elektrifikasi di Malaysia ialah pengenalan platform ‘Online Sales’, dimana ia membenarkan syarikat tersebut untuk menjual kereta secara terus kepada para pelanggannya di Malaysia.

Anda yang berminat boleh merujuk panduan dan langkah untuk menggunakan platform pembelian ‘Online Sales’ Volvo Car Malaysia di pautan ini.

Volvo Car Malaysia merupakan pembuat kereta mewah pertama di Malaysia yang menawarkan rangkaian penuh kenderaan pemasangan tempatan (CKD) kenderaan hibrid ‘plug-in’ (PHEV).

Syarikat itu juga merupakan pembuat kereta pertama di Malaysia dengan kilang pemasangan tempatan yang menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya.

 

3

 

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, "Cita-cita Volvo Car Malaysia untuk membina ke arah seratus peratus elektrik kini semakin hampir menjadi realiti."

"Kilang pemasangan kami di Malaysia memainkan peranan penting dalam cita-cita elektrifikasi kami dengan rancangan untuk membawa kenderaan elektrik ke dua lagi negara ASEAN iaitu Vietnam dan Filipina."

"Eksport kenderaan pemasangan tempatan kami merupakan salah satu daripada langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia hub kenderaan elektrik di rantau ASEAN.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…