Volvo Car Malaysia Kembali Tawar Jaminan Alat Ganti Seumur Hidup – Pertama Dalam Industri Automotif

oleh Qalif Latif|
Volvo Car Malaysia melancarkan semula program jaminan selepas jualan yang unik dalam industri, iaitu Volvo Genuine Parts Extended Warranty, satu inisiatif yang menawarkan jaminan alat ganti seumur hidup tanpa sebarang caj tambahan kepada pemilik Volvo di seluruh negara. Program ini merangkumi semua Volvo Genuine Parts yang dipasang di mana-mana pengedar sah Volvo di Malaysia.

Program Untuk Kereta Yang Sudah Tamat Tempoh Jaminan

Inisiatif ini direka khas untuk pemilik Volvo yang kenderaan mereka sudah tidak lagi dalam tempoh jaminan standard. Ia membantu mengurangkan kos pemilikan jangka panjang sambil memberi keyakinan bahawa alat ganti yang digunakan di pusat servis sah Volvo sentiasa dilindungi.

Untuk layak, alat ganti mesti dibeli serta dipasang pada atau selepas 1 Oktober 2021, dan pemilik perlu mempunyai invois atau resit sah. Jaminan ini hanya terpakai kepada pemilik semasa dan tidak boleh dipindah milik.

Volvo Parts

Apa Yang Dilindungi

Semua alat ganti tulen Volvo yang dibeli dan dipasang di pusat servis sah Volvo akan menerima perlindungan penuh termasuk kos buruh. Jika alat ganti yang rosak menyebabkan kerosakan pada alat ganti lain yang turut layak, kedua-duanya akan diganti tanpa caj.

Antara komponen yang tidak dilindungi termasuk:

  • Barang guna habis seperti consumables

  • Aksesori

  • Bateri

  • Komponen haus dan lusuh

  • Alat ganti borong atau pembelian di kaunter

  • Alat ganti yang dipasang di bengkel tidak sah

Program ini turut meliputi alat ganti remanufactured Volvo serta alat ganti yang diganti di bengkel Volvo di negara lain yang turut menyertai program ini.

Kenderaan Perlu Diservis Secara Konsisten

Bagi kenderaan yang sudah lebih dua tahun tidak dihantar ke bengkel sah Volvo selepas tamat jaminan standard, ia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kenderaan sebelum layak. Volvo turut menetapkan syarat bahawa kenderaan mesti diselenggara mengikut jadual rasmi untuk memastikan jaminan kekal sah.

Volvo Parts

Kenyataan Volvo Car Malaysia

Godfrey Fernandez, Pengarah Khidmat Pelanggan Volvo Car Malaysia, berkata program ini memberikan ketenangan fikiran yang berkekalan kepada pemilik, terutama mereka yang kereta sudah tamat jaminan standard.

Beliau menegaskan bahawa dengan menggunakan alat ganti tulen Volvo serta rangkaian servis sah, pemilik boleh yakin kenderaan mereka dijaga mengikut standard tertinggi dengan jaminan kualiti serta perkhidmatan terbaik.

Maklumat Lanjut

Pemilik boleh menyemak kelayakan alat ganti di mana-mana pengedar sah Volvo di seluruh negara. Maklumat tambahan tersedia di laman rasmi Volvo Car Malaysia.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan Gemini, pemandu dan penumpang boleh berinteraksi melalui suara dengan lebih lancar untuk…
Berita Global
  Keuntungan operasi (operating income) keseluruhan sebanyak SEK 1.9 bilion (RM0.85), jatuh…
Berita Global
Pengeluar kereta utama telah menyaksikan permintaan yang perlahan untuk kenderaan elektrik…