Volvo Car Malaysia catat pertumbuhan positif, jualan tertinggi pada tahun 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun berhadapan dengan kesukaran disebabkan wabak pandemik COVID-19, ia tidak menghalang Volvo Car Malaysia daripada memperoleh rekod jualan baru pada tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Malah, semenjak Volvo Car Malaysia ditubuhkan, mereka telah berjaya mencatatkan angka jualan 1,950 unit pada tahun 2020,  peningkatan sebanyak 3.6 peratus berbanding tahun lalu (1,883 unit).

Langkah pengumuman pengecualian cukai jualan (SST) yang dibuat oleh kerajaan Malaysia pada tahun lalu turut menyaksikan Volvo mencapai jumlah jualan kedua tertinggi direkodkan pada Julai 2020.

Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia menjelaskan, "kami amat berbangga dengan pencapaian jualan yang tertinggi disebalik pergolakan dan cabaran yang dihadapi sebelum ini.

"Melalui usaha kolektif pengedar dan kakitangan kami, serta masa yang tepat untuk pelepasan cukai jualan oleh kerajaan, kami berjaya mengakhiri tahun mencabar ini dengan kukuh. Bagi kami, melihat kepada hasil keputusan jualan pada tahun lalu, kami mahu membawa lebih banyak kereta premium, selamat dan lestari kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

 

 


Volvo Car Malaysia juga turut memperkenalkan Sistem Tempahan Dalam Talian bagi memudahkan urusan tempahan dari rumah, serta melaksanakan Digital Silent Salesman (DSS) 2.0 -  platform yang memaparkan maklumat secara digital berkenaan kenderaan di seluruh bilik pameran Volvo di Malaysia.

Selain daripada itu, antara inisiatif lain yang dibawakan termasuklah Volvo Green Planet, Greenterest Calculator yang menggalakkan pemanduan yang lebih hijau, serta inisiatif keselamatan A Million More menerusi langkah mengehadkan kelajuan kenderaan baharu Volvo kepada 180 km/j.

Untuk tahun 2021, Volvo Car Malaysia berhasrat untuk memacu momentum dari tahun 2020 dan memberikan lebih banyak pengalaman premium serta kebebasan bergerak secara peribadi, lestasi dan selamat kepada rakyat Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…