Volvo Car Malaysia catat jualan 2,229 unit, peningkatan 14.3 peratus untuk tahun 2021

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia mengakhiri tahun 2021 dengan jumlah jualan kenderaan sebanyak 2,229 unit, atau peningkatan sebanyak 14.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Daripada jumlah tersebut, hampir 73 peratus disumbangkan oleh kenderaan varian Recharge.

Selain merupakan rekod tertinggi yang pernah dicapai, ia juga turut menandakan peningkatan jualan bagi Volvo Car Malaysia untuk enam tahun berturut-turut.

Bulan Disember 2021 turut dinobatkan sebagai bulan prestasi terbaik dengan jumlah jualan sebanyak 542 unit.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump menjelaskan, "Kami berasa amat bangga dengan pencapaian rekod baharu untuk tahun 2021. Meskipun tahun yang agak mencabar, kami berjaya meraih keyakinan pelanggan dengan kebebasan untuk bergerak di dalam cara yang lebih peribadi, mampan dan selamat.
 

XC40


"Usaha yang berterusan oleh para pengedar dan kakitangan kami telah meletakkan batu asas bagi menggalakkan kami mencapai matlamat untuk menjadi sebuah syarikat kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Di peringkat global, Volvo Car mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus kepada 698,693 unit kenderaan untuk tahun penuh 2021.

Angka jualan model-model Recharge meningkat sebanyak 63.9 peratus untuk tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya, merangkumi 27 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Volvo Car.

Malah, pada bulan Disember, hampir 40 peratus daripada kenderaan Volvo baharu yang dijual merupakan model Recharge, sementara model EV pula menguasai 7.4 peratus.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…