Volvo Car Malaysia catat 43% peningkatan jualan pada 2022, sasar 75% jualan EV menjelang 2025

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Volvo Car Malaysia terus mencatatkan rekod prestasi jualan selama 7 tahun berturut-turut dengan peningkatan 43% jumlah jualan pada tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo berjaya menjual 3,194 unit kereta pada tahun 2022, dengan bulan Disember sebagai bulan terbaiknya bersama 395 unit kereta terjual.

Pada tahun 2022, Volvo Car Malaysia telah melancarkan dua buah EV iaitu XC40 Recharge Pure Electric dan C40 Recharge Pure Electric yang berjaya menyumbang kepada jumlah jualan mereka.

Kedua-dua EV tersebut dipasang di kilang pemasangan Volvo Shah Alam, dan merupakan dua EV pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia.

 

xc40

 

Pencapaian tersebut menjadikan Volvo sebagai peneraju yang memasang kereta elektrik di Malaysia, Volvo Car Malaysia juga menyasarkan 75% jualan mereka dari barisan Recharge Pure Electric menjelang tahun 2025.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, "Pelancaran  dua kenderaan elektrik pemasangan tempatan pertama kami telah menjadi pemangkin pertumbuhan jualan Volvo."

"Dengan peningkatan bahagian pasaran kenderaan elektrik sepenuhnya di seluruh dunia, kami yakin perkara yang sama akan berlaku di Malaysia."

"Dalam menamatkan tahun 2022 yang berjaya, kami teruja untuk memacu  masa depan elektrik sambil mengukuhkan komitmen kami bagi menawarkan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bergerak secara peribadi, mampan dan selamat."

 

C40

 

Pada peringkat global, Volvo berjaya mencapai angka jualan sehingga 615,121 unit untuk tahun 2022.

Permintaan untuk kereta Volvo kekal teguh dengan jualan keseluruhan barisan Recharge Pure Electric dan PHEV mencapai 43.8 % pada Disember 2022, di mana kereta elektrik sepenuhnya menyumbang 20.1 peratus daripada jualan global untuk bulan yang sama.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…