Volvo Car Malaysia buka pusat pameran 3S baharu di Mutiara Damansara

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan pusat pameran bertaraf 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) terbaru di Mutiara Damansara yang dikendalikan oleh ingress Swede Automobile Sdn Bhd.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdangangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan dihadiri oleh barisan pimpinan Ingress Corporation Berhad serta wakil dari Volvo Car Malaysia. 

Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di Malaysia, Volvo Car Malaysia kini memperkembangkan lagi kehadirannya di pasaran tempatan, termasuklah membuka pusat pameran baharu.
 


Sehingga kini, Volvo Car Malaysia sudah pun mempunyai 12 pusat pameran di seluruh negara dengan tiga lagi lokasi baharu yang bakal dibuka dalam tempoh sehingga penghujung tahun ini. 

Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, "di dalam segmen premium, produk sahaja bukanlah faktor utama yang mampu memenangi hati pelanggan, apa yang penting adalah nilai, kualiti, dan akses kepada servis selepas jualan yang mampu dinikmati sepanjang pemilikan kenderaan.
 


Tahun ini merupakan tahun yang bermakna buat Volvo Car Malaysia apabila mereka mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 60 peratus untuk separuh pertama tahun 2019, dan ia dijangka akan berterusan menjelang suku keempat tahun ini dengan kehadiran produk baharu. 

Pusat 3S Volvo Cars di Mutiara Damansara menempatkan ruang pameran dan pusat servis yang direka berdasarkan standard terbaharu Volvo Cars - Volvo Retail Experience (VRE) yang membawakan nilai dan warisan Scandinavia kepada pelanggan. 
 


Pusat pameran ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang untuk hari Isnin sehingga Sabtu, manakala waktu operasi hari Ahad dan cuti umum pula bermula dari 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. 

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Mohd Azeman Mohamed Akram menerusi emel [email protected] atau talian +603-7732 7555. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelantikan ini bakal menyaksikan pembukaan pusat pameran bertaraf 3S di Damansara bagi memberikan…
Berita Domestik
Street Car Sdn Bhd (Street Car) secara rasminya membuka cawangan pengedar 3S PROTON yang pertama di…
Berita Domestik
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia…