Volvo Car Malaysia buka pusat baik pulih badan & cat terbesar di Juru, P. Pinang

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia merasmikan pembukaan pusat Volvo Car Damage Repair Centre yang terbesar, bertempat di Juru, Pulau Pinang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat servis khas itu dilengkapi dengan sistem moden dan termaju yang mampu menjalankan kerja-kerja baik pulih badan kereta dan cat pada kualiti yang tertinggi.
 

Volvo


Dengan kedudukan yang strategik berhampiran lebuh raya utama, pusat ini memiliki keluasan sekitar 40,000 kaki persegi yang mampu mengendalikan jumlah kereta Volvo yang banyak pada satu-satu masa.

Pusat servis khas ini juga menerapkan estetika Scandinavia bersama sistem termaju yang selaras dengan teknologi hijau terkini.
 

Volvo


Antaranya adalah sistem pemeriksaan dan penjajaran badan dan casis Car-O-Liner yang membolehkan juruteknik mengesan segala kerosakan termasuklah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, di mana casis kereta boleh dijajarkan semula mengikut standard kilang dengan tepat, pantas dan selamat.

Selain itu, terdapat juga ruang adunan dan semburan cat PIVAB khusus yang mampu menyingkirkan wasap dan partikel dari udara untuk menyediakan ruang kerja yang selamat dan sihat, dan dalam masa yang sama memastikan kualiti cat terbaik untuk kereta.
 

Volvo


Pusat servis khas Volvo Car Damage Repair Centre ini terletak di Lot 829, Jalan Saga Jaya 3, Taman Perindustrian Saga Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Volvo Certified Damage Repair di Juru, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY- FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…