Volvo Buses Malaysia lancar casis Volvo B11RLE untuk bas dua tingkat premium

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Buses Malaysia secara rasmi melancarkan model casis bas baharu Volvo B11R 6x2 Low Entry (B11RLE) yang direka khusus untuk bas dua tingkat premium untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo B11RLE ini menggandingkan trenkuasa 11 liter yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 430 hp, serta transmisi I-shift untuk penukaran gear yang lebih lanar dan menjimatkan penggunaan bahan api.
 

B11RLE


Selain itu, rekaan gandar ketiga yang boleh dikemudikan (steerable tag axle) membolehkan bas mencapai radius putaran yang lebih kecil, serta mampu mengurangkan kesan haus dan lusuh tayar.

Casis B11RLE ini yang sangat fleksibel ini membolehkan binaan badan mencapai ketinggian sehingga 14.2 meter, sementara rekaan lantai masuk yang rendah membolehkan pelanggan menyesuaikan susun atur dalaman yang lebih selesa dan mewah.
 

Volvo 9700DD


Aspek keselamatan turut menjadi keutamaan Volvo Buses Malaysia di mana ia dilengkapi dengan ciri seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP), Sistem Brek Elektronik (EBS) generasi kelima, ABS, Volvo Engine Brake (VEB), serta bantuan mula mendaki Volvo Hill Start Aid.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persidangan ini turut dihadiri oleh 80 delegasi daripada pengendali pengangkutan awam serta agensi…