Volvo Buses anjur persidangan bas elektrik di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Buses baru-baru ini telah menganjurkan satu persidangan "Insights into Electric Buses" bertempat di Putrajaya pada 24 Mei 2022 yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Persidangan ini turut dihadiri oleh 80 delegasi daripada pengendali pengangkutan awam serta agensi kerajaan bagi membincangkan ilmu, meningkatkan kesedaran dan wawasan ke arah penggunaan bas elektrik, sekaligus menyumbang kepada perancangan mobiliti elektrik yang mampan di Malaysia.

Selain menggunakan pengetahuan dan kepakaran Volvo Buses di dalam mobiliti elektrik, beberapa orang pakar dari Australia, Sweden dan Singapura turut dijemput bagi membincangkan beberapa aspek seperti operasi dan penyelenggaraan bas elektrik, infrastruktur pengecasan, serta pengurusan storan tenaga.
 

Volvo buses


Menurut Datuk Isham Ishak selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, "saya amat berbesar hati untuk melihat inisiatif daripada Volvo Buses, serta semangat mereka dalam berkongsi pengalaman mereka di dalam mobiliti elektrik dari pasaran lain.

Persidangan 'Insight into Electric Buses' ini turut menampilkan barisan panel seperti berikut:
• Dato’ Zailani Hj. Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
• Siti Salwa Samsudin, Pengarah Mobiliti, Kumpulan Solusi Teknologi, Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTCC)
• David Mead, Naib Presiden Rantau Asia Pasifik, Volvo Bus Corporation, Australia
• Stefan Widlund, Pengarah Mobiliti Bandar, Volvo Bus Corporation, Sweden
• Dean Moule, Pengarah Produk Rantau Asia Pasifik, Volvo Bus Corporation, Australia
• David Burton, Pengurus Kanan Latihan dan Kejuruteraan Teknikal, Tower Transit, Singapore
• Hiew Thian Wai, Pengarah Pemasaran Produk, ABB, Malaysia
• Lee Yuen How, Pengarah Urusan, EV Connection, Malaysia

 

Volvo


Volvo Buses mempunyai pengalaman yang meluas di dalam bidang mobiliti elektrik di mana mereka telah mengedarkan sebanyak 145 buah bas elektrik untuk bandar Gothenburg, Sweden.

Sementara di Asia Pasifik, Volvo Buses merupakan pihak pertama yang melancarkan bas elektrik pengecasan kendiri di Singapura dan casis elektrik penuh Volvo BZL di Australia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganjuran persidangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Volvo Buses terhadap Program…